Sunday, January 23, 2011

'Sanah Helwah' Yang Terindah

 Alhamdulillah..ku panjatkan syukur ke hadrat Yang Esa kerana masih memberiku kesempatan merasai nikmat usia yang tiada tolak bandingnya. Hari- hari yang kulalui sangat indah walaupun ujian datang dan pergi..
Apabila usia menjengah 20, terasa tanggungjawabku semakin besar, terasa amanah yang ku pikul makin berat. Aku tahu, aku perlu menjadi 'seseorang' 


Doa ibu di hari lahirku walaupun cukup ringkas tapi sangat bermakna bagiku sebagai seorang anak..
 "SELAMAT HARI LAHIR YG KE...SEMOGA DPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN, REZEKI DAN MENDAPAT KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT" 

Doa Abah :
"SELAMAT HARI LAHIR. SEMOGA SIHAT SEJAHTERA CERIADAN DALAM RAHMAT DAN PERLINDUNGAN ALLAH SEPANJANG MASA"
                      ...TERIMA KASIH MAK, ABAH...
InsyaAllah, akan ku usahakn menjadi anak yang terbaik, maafkan kesalahan laluku..




hadiah yg cukup bermakna dari abah..

menunjukkan pengharapan yg sgt tinggi kpadaku..Ya Allah..
















Satu-satunya perkara yang takkan dilupakan adalah kehadiran SAHABAT-SAHABATKU
Betapa ku bersyukur Ya Allah kerana dipilih untuk memiliki sahabat-sahabat seperti mereka. Indahnya ukhuwah kita sahabat. Walaupun ada yang kutunggu ‘tak kunjung tiba’ namun ianya bukan alas an untuk terbelahnya ukhuwah yang dibina.. TERIMA KASIH SAHABAT....

dari sahabt yang senyumannya menceriakan dunia..hehe


istimewa dari insan istimewa..SYUKRAN JAZILAN



dari sahabat suka dan duka..TERIMA KASIH ATAS KEHADIRANMU

dari yg tak pernah jemu memberi kekuatan pada diri ini

dari seseorang yang menceriakan hari-hariku di bilik..tme kasih kak..
dari sahabat yang jauh, pejuang agama

jazakallah..moga ada barakahnya







TINTA DARI SAHABATKU

Sahabat,
Alangkah susahnya mendidik hati sedangkan ia adalah pandangan Tuhan,
Menjadi waddah rebutan malaikat dan syaitan,
Alangkah susahnya mendidik hati
Bila dipuji sombong menghias diri
Bila diuji membenci sampai mati
Didiklah hati...
Menuju jalan kebenaran demi mencari Redha Illahi

Sahabatku tersayang
Kirimkan surat pengharapanmu di tengah keheningan malam
Jadikan air matamu sebagai dakwatnya
Kedua pipi sebagai kertasnya
Kepasrahan sebagai setemnya
Dan arasy Illahi sebagai alamat (tujuannya)
Setelah itu, tunggulah jawapannya..

Sahabatku tersayang SAKINAH
Jadilah setenang namamu..
UHIBBUKI FILLAH ABADAN ABADA
Gunakalah sebaiknya
“SUPAYA GELISAH MENJADI IBADAH”

p/s : buat sahabatku yang mendedikasikan bait-bait indah tanda utuhnya ukhuwah kita, ketahuilah AKU MENCINTAImu..terima kasih atas ukhuwah yang dikau dan yang lain berikan untukku. Terasa diriku insan yang sangat bertuah. Maafkan segala kekuranganku, maafkan segala keterlanjuran kataku,.. Tegurlah aku andai diriku bukan lagi sahabat yang engkau harap-harapkan.. Terima kasih atas kesaktian cinta yang kalian berikan padaku..Aku kuat dengan adanya kalian..
istimewa dari sahabat dunia akhirat..


kepada sahabat-sahabat yg meraikan di bilik, kek coklat lembap dan chicken chop sgt memberi makna buatku..TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA UNTUK KALIAN..

....TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS SAHABAT-SAHABATKU INI....
kepada sahabat lain yang mengingatiku dalam doa, maafkanlah kesalahanku..tegurlah daku, sesungguhnya aku bangga memiliki kalian..


LILLAHITAALA..


Tuesday, January 18, 2011

sEnTuhAn QolBu

ANTARA DUA KASIH

(UNIC)
Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan 
Kasih Ilahi tiada bersempadan 
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai






Monday, January 17, 2011

SURAH AL-FATIHAH

SURAH AL-FATIHAH
1.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang(1)
2.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (2)
3.Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang(3)
4.Yang Menguasai hari pembalasan.(4)
5.Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulahkami mohon pertolongan.(5)
6.Tunjukilah kami jalan yang lurus.(6)
7.Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.(7)

TEMPAT DAN WAKTU TURUN




Surah Makiyah ini diturunkan di Mekah ketika sebelum penghijrahan Rasulullah. Ia merupakan surah yang julung-julung kali diturunkan dengan kandungannya yang melengkapi satu surah.
Para sahabat bersependapat bahawa sesudah turunnya surah ini, barulah diturunkan surah Al-Alaq melengkapi semua kandungan surahnya. Iaitu sesudah Allah s.w.t mewajibkan umat Islam bersolat lima waktu dengan bacaan Al-Fatihah sebagai rukun.


Ayat Al-Fatihah berjulah tujuh ayat. Lantaran itu ia juga dikenali sebagai “Assabu’u Mathaani” yang bermaksud tujuh ayat yang berulang-ulang.
      Dalam amalan solat fardu sehari-hari, sebanyak 17 kali surah ini dibaca. Jika ditambahi pula dengan seluruh solat-solat serta wirid yang lazim dibaca, kekerapan ulangannya meningkat 70 kali sehari. Tiada surah yang begini banyak berulang kali dibaca dan terus dibaca oleh seluruh umat Islam selain dari surah Al-Fatihah sedangkan ia merupakan inti pati dari seluruh kandungan Al-Quran. Ia merupakan punca segala hikmah, pintu segala kebahagiaan, petunjuk merapati keredhaan Illahi.
      Bayangkanlah jika seluruh diri yang menuturkannya dengan lisan dan kemerduan dituruti pula dengan kefahaman dan penghayatan.. apakah tidak benar lagi bahawa bumi ini Allah telah wariskan kepada hamba-hamba yang soleh? Rahsia kesolehan dan jalan hidup itu selalu terulang dalam pembacaan tetapi ketandusan hati masih juga memanjang. Barangkali itu disebabkan umat Islam sendiri memandang sepi pengertian dan pengajaran yang tersirat di sebalik surah ini..

 dipetik dari buku “RAHSIA HIKMAH SURAH AL-FATIHAH” susunan ustaz abdul raopdalip



tarbiyyah cinta SANG PENCIPTA

Ujian itu tarbiyyah Allah kepada hamba-hambaNya untuk menguji sejauh mana tahap keimanan dan kesabaran HambaNya apabila mengaku beriman kepadaNya. Tarbiyyah di sini adalah didikan dari Allah. Tapi tatkala ujian melanda diri, hati kecil ini tidak seakan-akan tidak sedar yang diri sedang dinilai Allah Taala. Ada saja kegelisahan, keraguan, kegusaran dan pertanyaan yang datang ke dalam diri. Mengapa perlu aku? Apa salah aku? Apa dosa aku? Siapa nak bantu aku? Aku tak layakkah? Aku hina sangatkah? Kenapa dalam waktu ini juga benda ni nak jadi? Kenapa bukan dulu? Kenapa bukan kemudian je?

Persoalan yang bertandang di lubuk hati seolah-olah seperi tidak pernah tahu hakikat diri sebagai hamba.  Jangan sampai ujian tersebut bertukar menjadi istidraj gara-gara tidak yakin dengan percaturan Yang Maha Mencipta. Nilai yang Allah bakal tukar dengan ujian sangat besar cuma belum nampak di mata sebab itu manusia lebih memilih untuk banyak merungut. Ya Allah...aku mengaku menjadi hambaMu, aku mengaku menjadi umat kekasihMu,aku sibuk membawa agamaMu, aku lantang bercerita tentang kekuasaanMu. Namun apabila Engkau datangkan kepadaku angin yang kuat tanda kasih-sayangMu, aku mula goyah, hati mula berubah. Mula mempersoalkan hakku sebagai hamba yang membawa agamaMu. Aku tempang Ya Allah.. tempang dalam sempurna. Cacat dalam luhur, hina dalam mulia. Engkau lihat segala-galaNya Ya allah. Engkau Nampak segalaNya. Engkau tahu apa yang ku derita, Engkau atur segalanya penuh sempurna.

 Bak cerita Ustaz Abdullah dalam ‘Sang Murabbi’, cerita seekor monyet yang berada di atas pokok. Apabila didatangkan 3 jenis angin pada masa yang sama; angin taufan, angin ribut, dan angin puting beliung , pegangan monyet itu akan lebih mantap dan kuat. Lebih kukuh. Monyet tersebut tidak akan jatuh. Tapi apabila didatangkan kepada monyet itu angin sepoi-sepoi bahasa, menyapa lembut ke pipi monyet itu, mendayu-dayu.Monyet itu lalu memejamkan mata menghayati keasyikan buaian angin itu,genggaman di pokok mula longgar. Maka monyet itu akan jatuh tersungkur di tanah.





Inilah perumpamaan yang diberikan kepada seorang pembawa agama ataupun dai’e. Apabila Allah datangkan ujian yang sangat hebat kepadanya, diuji dan ditusuk dari pelbagai arah, seorang pembawa agama tidak akan rebah, tidak akan mudah patah. Dia kuat, dia tabah, dia tahu dia sedang dilatih oleh Rabbnya namun apabila diuji dengan kesenangan, dengan cinta, yang membuat dia terbuai-buai, dia akan alpa. Dia mudah leka, dia lupa semua.. Hatinya sangat asyik dengan ujian yang sepatutnya menguatkan dia lantas sungkurlah seorang daie yang leka dengan kesenangan sementara..Musnah! Musnah semuanya. Banyak cerita yang didengar. Dai’e tewas dengan nafsu sendiri. Alpa..Leka..Terlupa yang diri telah membuat perjanjian dengan Allah. Perjanjian taat setia yang tidak berbelah bahagi.

Firman Allah SWT :
“ Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”- 10“ Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” – 11“Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surge yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan tempat tinggal yan baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung”- 12
                                                                                    Ass-Saff: 10-12



Lantas apa yang dimahukan lagi oleh seorang insan apabila ditawarkan dengan tawaran sebegitu rupa oleh Allah. Maha Suci Allah, Tuhan Pencipta segala yang wujud, Tuhan pemilik segala cinta, Tuhan pemegang semua hati-hati. Allah tawarkan tawaran yang besar kepada hambaNya hanya dengan sedikit kesusahan dan kepayahan namun diri tidak pernah bersyukur. Ya, kita manusia biasa, tak dapat lari dari kesilapan. Kita lemah, kita bersifat lupa. Perlu selalu diingatkan. Namun jika kesilapan yang sama diulang-ulang, itu bukan kesilapan. Manusia belajar dari kesilapan. Bukan mengulang kesilapan. Namun jangan lupa, sejauh mana kita lari dan jauh dari Allah, lakukanlah sebesar mana dosa, Allah yang Maha Penyayang tetap akan mengampunkan hambaNya kecuali dosa syirik.
Firman Allah SWT :
“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa kerana mempersekutukanNya (syirik), Dan Dia memgampuni dosa selain (syirik) itu bagi siapa yang dia kehendaki. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa yang besar. “
                                                                                                (An-Nisa’:48)
.................................wAllAhuA’lam.....................................