Saturday, February 26, 2011

SiHiR

  PENGENALAN KEPADA SIHIR
Pengertian
Al-Lats – suatu perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada syaitan dengan bantuannya
Al-Azhari – Suatu perbuatan yang memalingkan sesuatu dari hakikat yang sebenar kepada yang lainnya.

SIHIR MENURUT ISTILAH SYARA’
Fakhruddin Al Razi – Segala sesuatu yang sebabnya tidak terlihat dan digambarkan tidak seperti hakikat yang sebenarnya serta berlaku melalui tipu daya.


Ibnu Qudamah – Sihir adalah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan melaui lisan, tulisan atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal tanpa berinteraksi langsung dengan mangsa. Akibatnya boleh mematikan, menjadikan mangsa sakit atau saling membenci dll.

AMALAN PENGAMAL SIHIR
ü  Meletakkan mushaf Al-Quran dibawah tapak kaki/ Alas kaki dan dibawa ke tandas.
ü  Menulis Al-Quran menggunakan darah haid
ü  Menulis Al-Quran di bawah tapak kaki
ü  Menulis Al-Fatihah secara terbalik
ü  Mengerjakan solat tanpa wuduk
ü  Sentiasa berjunub
ü  Menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada syaitan
ü  Menulis dan membaca mentera yang bersumberkan syara’

FAKTOR AMALAN SIHIR
§  Kurang iman
§  Cetek ilmu agama
§  Dengki/ Tidak boleh tengok kesenangan orang lain
§  Ingin memperoleh kesenangan dengan mudah
§  Dendam



HUKUM JAMPI MENGGUNAKAN AYAT AL-QURAN
Al-Khatabi : HARUS – berdasarkan amalan Rasulullah yang menjampi Saidina Hasan dan     Husin.

Pendapat Ibnu Al Haj dalam kitab Al Makhdal
            “Tidak mengapa berubat dengan nusyrah atau jampi yang ditulis diatas kertas atau bekas yang bersih beberapa surah / ayat Al-Quran kemudian diminum oleh pesakit”

Pendapat Qadhi Iyad :
            “ Manfaat tiupan tersebut untuk mendapatkan keberkatan dengan kelembapan atau udara dan nafas yang keluar terus dari bacaan jampi dan zikir yang baik, sebagaimana mengambil berkat dengan air basuhan sesuatu benda yang ditulis dengan zikir dan nama-nama Allah yang indah”


GANGGUAN KEPADA PESAKIT YANG TERKENA FITNAH SIHIR

Ø  Dari perasaan sayang kepada benci
Ø  Merasa sesak nafas
Ø  Murung (suka mengasingkan diri)
Ø  Wajah menjadi pucat (terdapat kesan lebam/ cakaran) tanpa diketahui puncanya
Ø  Kerap pening kepala (demam panas mengejut)
Ø  Kerap berlaku pergaduhan (suami-isteri)
Ø  Malas dan tidak bersemangat
Ø  Kerap mendengar dengungan pada kedua-dua belah telinga/ salah satu
Ø  Rasa sakit di sekitar kawasan rahim / Istihadah
Ø  Panas baran tidak tentu pasal
Ø  Suka tidur / susah untuk bangun
Ø  Mendengar suara orang memanggil/ bisikan
Ø  Mengalami was-was yang terlampau
Ø  Fikiran bercelaru / Kerap lupa
Ø  Malas beramal
Ø  Tercium bau aneh
Ø  Kerap mimpi yang menakutkan (ular/ anjing/ kucing/ kawasan perkuburan/ jatuh secara mengejut)
Ø  Rasa sakit pada bahu dan tulang belakang/ tusukan
Ø  Kerap mengigau/ meracau semasa tidur
Ø  Tubuh terasa ditindih oleh objek yang tak kelihatan
Ø  Terasa panas di belakang(macam ada sesuatu yg melekat)
Ø  Terasa terlalu sunyi
Ø  Hati sentiasa berdebar-debar
Ø  Terasa pening apabila berada di rumah / pejabat
Ø  Ternampak kelibat sesuatu


GEJALA SEMASA RAWATAN

v  Pengsan atau berpeluh dingin
v  Sesak nafas
v  Kelopak mata bergerak-gerak
v  Memekik dengan suara yang kuat
v  Perut membusung / kembung
v  Suara mengalami perubahan
v  Urat leher tiba-tiba membengkan
v  Mengamuk / memaki hamun
v  Tertawa /menangis
v  Merasa pening/ sakit kepala
v  Sakit seluruh tubuh badan
v  Anggota tubuh bergerak tanpa dapat dikawal
v  Banyak mengeluarkan kahak
v  Bercakap merapu-rapu
v  Merasa badan menjadi berat
v  Menggigil
v  Wajah berubah menjadi hitam
v  Tercium bau busuk yang keluar dari mulut pesakit
v  Meludah
v  Denyutan jantung menjadi cepat
v  Lidah terasa pahit ketika meminun air yang dijampi dengan Al-Quran

BACAAN MENGHINDAR / MERAWAT  GANGGUAN
1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah (Ayat 1-5)
3. Al-Baqarah (ayat 102)
4. Al- Baqarah (ayat 163-164)
5. Al- Baqarah (ayat 255)
6. Ali-Imran (ayat 18)
7. Al-A’raf (ayat 54)
8. Al-A’raf (ayat 118- 122)
9. Surah Yunus (ayat 81-86)
10. Surah Taha (ayat 69)
11. Al-Mukminun (ayat 115-118)
12. As-Saffaat (1-11)
13. Ar-Rahman (ayat 33)
14. Al-Hasyr (ayat 21-24)
15. Al-Jinn (ayat 1-9)
16. Al-Ikhlas
17. Al-Falaq
18. An-Naas


SURAH AL – FALAQ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1-Katakanlah :” Aku berlindung lepada Tuhan yang menguasai Subuh (fajar)
2- Dari kejahatan (makhluk yang) Dia ciptakan
3- Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita
4- Dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada bahul-bahul (talinya)
5- Dan dari kejahatan dengki orang yang dengki apabila dia dengki”



PERINGATAN PENULIS
Segala yang tercatat di sini adalah hasil pengalaman yang lama dan hebat pengamal-pengamal perubatan Islam. Tujuan dipaparkan adalah untuk memberi gambaran dasyatnya kuasa sihir namun masih tidak langsung boleh dibandingkan dengan Kuasa Allah S.W.T.
Dahsyatnya penangan sihir hanya dapat dirasai oleh orang yang betul-betul mengalaminya. Boleh menghancur lumatkan sebuah keluarga yang sangat bahagia. Yang menjadi mangsa anggaplah ini ujian hebat dari Allah keran Dia tahu kita mampu dan memilih kita untuk menghadapinya. Yang menyihir, ketahuilah buruk dan kotornya hati kamu adalah resepi khas syaitan yang diadun dan diperam menjadi sebati untuk mewujudkan satu perasaan benci dan dengki yang sangat luar biasa sebagaimana perjanjian dia dengan Allah untuk menyesatkan kita. BERTAUBATLAH dan MOHONLAH KEMAAFAN kepada insan tidak berdosa yang disihir. Kamu juga diuji oleh Allah dengan kekurangan dan kelemahan yang ada pada kamu maka bersabarlah dan kembalilah padaNya..Ingatlah doa Insan teraniaya tidak ada hijab dengan Allah.
MOGA SEMUA MENDAPAT MANFAAT


Ya ALLAH, jauhilah aku dan keluargaku dari kekejaman sihir


Friday, February 11, 2011

kau yang ku rindu

“..kau yang ku rindu..”
                                                           
 Ingin ku titipkan padamu,
Bahawa aku teramat rindu padamu,
Walaupun malu untuk kuungkapkan
Bahawa sensungguhnya aku cinta padamu,
Kerana tidak semua keinginan, harapan
Serta laranganmu
tidak aku laksanakan dengan sempurna,
Namun aku tahu....
Hanya engkau yang layak kucinta selepas Dia..

Kau lahir ke bumi membawa rahmat,
Mengajar erti cinta yang sebenar,
Kau korbankan jiwa dan hatimu,
Demi kemaslahatan semua..
Kau seru kebaikan walaupun dirimu dicerca..
Kau gagahkan diri bangkit ketika kecewa.

Ya Rasulullah...

Andai aku hidup di zaman bersamamu,
Adakah aku akan turut terpilih
Menjadi insan-insan yang berjuang bersamamu?
Atau aku tergolong dalam golongan mengingkarimu?
 Sesungguhnya aku bersyukur Ya Allah,
Aku lahir ke dunia,
Dengan mudahnya menjadi ummat Muhammad.
Anugerah terhebat untuk ummat selepas keawafatanmu..


Ingin ku mengadu padamu Rasulullah..
Dengan anugerah terhebat itulah
Dikau kini dikhianati wahai kekasihku yang ku rindu,
Dengan anugerah itu jugalah
Ummatmu mula kembali
Pada zaman yang engkau hancurkan habis-habisan dahulu.
Malah menjadi lebih teruk dari mereka..
 Seolah-olah sudah lupa perjuanganmu
Bermati-matian membersihkan Islam

 Sunnahmu dilupa,
Akhlakmu ditinggalkan,
Laranganmu dipermainkan
Penyambung rantai perjuanganmu pula
Hanyalah golongan yang sedikit Ya Habiballah..
Yang dipandang enteng
Yang dibanteras habisan-habisan
Yang dianggap jumud,
Yang dianggap menyusahkan pergerakan mereka,
Yang dihina dan dicerca,
Namun itu bukan apa-apa
Dengan apa yang kau lalui dulu


Bersaksilah Wahai Kekasih Allah..
Ketika kasutmu berkocak dengan darah di Thaif,
Badanmu dilempar batu dan najis,
Telingamu disentuh ungkapan pedih,
Hidupmu diselebungi ancaman,
Dakwahmu diejek,
Kau dikatakan gila,
Kau dikatakan ahli sihir,
Kau begitu kuat wahai utusan Allah.....
Syurga jaminan untukmu
Namun bersusah adalah pilihanmu..

Inginku mengadu padamu,
Pengorbananmu serta sahabat-sahabatmu
Sekarang ini olah-olah dilupa..
Nikmat terbesar yang kami nikmati sekarang
Adalah usahamu wahai kekasih Allah...

Ya Rasulullah...
Andai dikau berdiri di hadapanku,
Tak dapat aku bayangkan ketika itu,
Rindunya aku untuk melihat wajahmu
Mengucup tanganmu
Mengucapkan rasa syukurku menjadi ummatmu
Mengucapkan terima kasih padamu
Kerana usaha dan perjuanganmulah
Aku dapat merasai indahnya Islam
Kerana apa yang kau tinggalkan untuk kami
Adalah sangat sempurna
Aku ingin memohon maaf darimu
Kerana kadang-kala aku alpa
Dalam mengikut suruhanmu
Dan meninggalkan laranganmu


Dan aku ingin meminta padamu
Bawalah ku pergi jauh ..
Jauh dari dunia penuh fitnah ini
Bawalah aku...
Supaya aku lupa pada kesesakan jiwa ini
Bawalah aku..
Supaya syaitan dan nafsu
Bukan lagi menjadi ancaman bagiku
Bawalah aku...
Agar aku dapat bersamamu selalu,..

Berilah syafaatmu pada ku Ya Rasulullah..
Akan ku cuba berusaha
Menjadi mata dan rantai perjuanganmu
Dalam memartabatkan Islam kembali
Dengan berpegang pada apa yang kau tinggalkan padaku..

Ketahuilah Muhammad Bin Abdullah...
AKU RINDU PADAMU

Wednesday, February 9, 2011

Kekasihku Abadi

KEKASIHKU ABADI



Duhai sahabatku sayang..
Renungi dan bisikkan dalam hati ayat-ayat yang inginku sampaikan..
Bacalah dengan tenang...Agar kau mampu berfikir dengan baik..

Dengan nama Tuhan
Yang Menciptaku penuh kecintaan
Di saat tali-tali telah terputus
Dan pintu-pintu juga tertutup..
Maka aku tahu Allah lah
Yang akan menghapus kedukaanku

Wahai nafsuku yang paling angkuh,
Biar aku terus menyakitimu
Agar kau terdidik oleh tarbiyyah Islam
Biar aku terus mengkhianatimu
Mengatakan TIDAK
Di saat kau mengatakan ia adalah cinta
Kerana aku tidak mampu
Mengkhianati pasanganku
Yang telah dianugerahkan Illahi akan datang
Biar aku mati mempertahankan cintaku di sisi Illahi
Yang cintaNya tidak pernah mengecewakan

Andai ku turut segala katamu duhai nafsu,
Aku akan lebih dikecewakan
Mungkin hari ini aku bersedih
Di saat kau mengejekku
Tetapi aku yakin kesedihan hari ini
Pasti dibalas nikmat
Yang jauh lebih baik

Aku ingin SYAHID
Dalam mempertahankan cintaku
Itu yang ku genggam
Pada apa yang pernah ku lafazkan dulu
Sedih itu fitrah bagiku
Tapi cukuplah sekadar di sisi Dia Yang Mengetahui
Aku tidak akan smpai hancur
Kerana HATIKU MILIK ALLAH
Dan kau duhai nafsuku
Juga adalah milik Allah
Segalanya hanyalah pinjaman
Agar aku menghasilkan ibadah yang paling indah
Untuk dipersembahkan pada PEMILIK CINTAKU

Duhai diri...
Aku Cuma ada Allah dalah hatiku
Cukuplah DIA sebagai penolong dan penenang
Wahai pemilik nyawaku..
Aku seru namaMu hari ini dan selamanya
Bawalah duka dan gelisah ini pergi
Aku kan setia menanti nikmat yang Kau janji
Biarpu ku disalahkan oleh bumi dan segala isi,
Asalkan CINTA SEJATIMU MILIKKU ABADI...

Hasil nukilan; sahabat anugerah Allah, “kyolestaryo”






Saturday, February 5, 2011

sahabat kerana Allah

sAhAbat keRanA Allah

Sahabat...apakah sebenarnya sahabat? Bezakah antara sahabat, kawan, rakan, teman dan sebagainya? Bagiku sahabat adalah satu perkataan untuk seseorang atau ramai orang yang darjat dan kedudukannya lebih tinggi daripada perkataan-perkataan lain yang disamaertikan dengannya.. lalu mengapakah sahabat diletakkan pada satu tahap yang berbeza? Kerana Rasulullah S.A.W sendiri menggunakan perkataan sahabat kepada orang-orang yang dekat dengan baginda pada zaman baginda.


Sahabat adalah seseorang yang mempunyai ikatan persaudaraan atas dasar Islam. Sahabat adalah yang persahabatannya adalah kerana Allah semata-mata. Sahabat adalah insan-insan yang tahu bahawa persahabatannya hanya untuk mencari redha Allah semata-mata. Sahabat juga adalah yang persahabatannya terikat atas ukhuwah islamiyyah dan atas aqidah yang satu dan bukan untuk tujuan dan niat lain.


 Firman Allah S.W.T,
“Pada hari itu (kiamat) sahabat-sahabat karib setengahnya menjadi musuh kepada yang lain kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan TAQWA” (43:67)

susah senang bersama

Apabila bersahabat kerana Allah, segala yang dilakukan untuk sahabatnya adalah ikhlas, pengorbanannya tulus dan kekurangan dan kelebihan sahabatnya adalah kekurangan dan kelebihannya juga. Sahabat yang hadir memberi cinta yang kadangkala tidak dapat ditemui pada insan lain. Kadangkala sahabat boleh menjadi dekat daripada keluarga. Apabila ingin meluahkan masalah, sahabatlah insan pertama yang difikir. Apabila persahabatan yang disulami dengan kejujuran dan keikhlasan, segala-gala miliknya adalah milik sahabatnya. Hati seseorang boleh jadi terlalu lembut dan telus untuk sahabatnya. Kesalahan sahabatnya yang  sebesar mana pun tidak akan dibiarkan bernanah di hati, dipujuk diri sendiri bahawa itu adalah sahabatku lalu ukhwah bertaut kembali dan syaitan tewas sekali lagi.

Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya :
“Di sekitar arasy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnyaada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya & wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para Nabi & syuhada tapi para Nabi dan syuhada iri kepada mereka”. Ketika ditanya oleh para sahabat, siapa mereka? Rasulullah S.A.W  menjawab, “ Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana ALLAH, saling bersahabat kerana ALLAH & saling berkunjung kerana ALLAH”   
(H.R TARMIZI)

aku mengasihimu sahabat


Indahnya hidup bersahabat kerana Allah, sukar dinikmati oleh hati-hati yang gersang dan yang lupa pada Allah. Bersahabat dengan insan-insan yang hatinya ingin mencari redha Allah, secara tidak langsung akan mendekatkan diri kita dengan Allah. Benarlah kata pepatah, jika ingin menilai seseorang, lihatlah pada teman terdekatnya, itulah dirinya. Masakan tidak, bagaimana dapat berkawan terlalu akrab jika tiada titik persamaan. Perumpamaan yang terkenal tentang minyak wangi itu juga sentiasa menjadi gambaran untuk menggambarkan seseorang yang bersahabat.


Jadilah sahabat yang memberi,memaafkan, melupai kesilapan, mengorbankan kepentingan diri, berlapang dada, adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya) dan bersederhana. Pengorbanan dalam persahabatan mengundang erti yang sangat indah dalam persahabatan. Pengorbanan dalam persahabatan adalah mengorbankan kepentingan diri sendiri demi sahabat lain.  Inginku tanya, sanggupkah dikau mengorbankan wangmu yang sedikit ketika itu tatkala ada seorang sahabatmu lebih memerlukan? Sanggupkah dikau melupakan waktu belajarmu tatkala seorang sahabatmu dalam kecemasan sedangkan besok pagi ada peperiksaan penting bagimu? Sanggupkah dikau meminjamkan apa yang dikau sangat sayang dikala sahabatmu sangat memerlukannya lebih darimu? Sanggupkah kita tanpa ada sedikit pun suara dan rungutan di hati? Jika jawapanmu tidak, maka kau belum lagi cukup sempurna untuk menjadi sahabat kepada sahabatmu.. Ayuhlah sahabat, perbaiki diri kita, betulkan niat dalam bersahabat, cantaslah rasa dendam dan dengki dalam dirimu.. Lapangkanlah dadamu untuk menerima sahabatmu seadanya kerana kau juga mempunyai kekurangan..
Duhai sahabat, janganlah mengambil kesempatan kepada sahabatmu atas nama SAHABAT. Jangan mempergunakan perkataan itu untuk memenuhi keperluanmu sendiri kerana dikau juga tidak suka diperlakukan sebegitu rupa..

uhibbuki lillah