Tuesday, July 26, 2011

RATAPAN NURANI



Menyelusuri hati yang sunyi seketika dari tarbiyyah yang diperolehi, diri tertanya,, adakah salah keadaanku ini?? Adakah aku terlalu memilih dunia sehinggakan tarbiyyah diri diabaikan? Allah… Mudahnya aku mengalah pada dunia. Aku tahu Ya Allah, jalan ini juga adalah tarbiyyah dariMu namun aku sangsi, dari sudut mana aku ingin melihat jalan ini sebagai tarbiyyah. Ya Allah, sesungguhnya tarbiyyahMu luas dan tiada batasan keluasannya. Aku hanya hamba yang kerdil yang mengharapkan belas ehsan dari penciptaku yang agung..Hari demi hari berganti, masa demi masa berlalu banyak yang aku perolehi dari tarbiyyahMu ini. Aku terdedah dengan dunia sebenar. Dunia yang akan aku lalui suatu hari nanti. Tertanya juga di hati, adakah bila tiba masanya aku berdepan dengan dunia ini aku akan menjadi sesibuk seperti ini dan adakah sumbanganku ini cukup untuk memartabatkan islam di tempat yang tertinggi?ALLAHUAKBAR….


Adakah aku terlalu leka dengan dunia? Atau aku dihanyutkan oleh perasaan yang semakin bersarang kukuh di dalam hati ini. Aku hanya manusia biasa Ya Allah..HambaMu yang lemah, yang banyak kekurangan, yang menagih simpatiMu. Tolonglah Ya Allah, janganlah Engkau biarkan aku mmenentukan nasib aku sendiri.. Kerana Engkau hanya satu ya Allah.. Engkau pulihkan semula hati aku yang semakin suram ini. Bimbinglah aku mengharungi jalan yan telah Engkau tentukan untuk diriku ini.  Satu kepastian yang aku tidak perlu ragui, AKU AKAN KEMBALI KEPADAMU pada bila-bila masa sahaja. Lillahitaala, aku belum bersedia bertemu denganMu dalam keadaan ini.. Sungguh, aku tiada hak untuk menangguhkan pertemuanku denganMu namun aku masih punya kudrta untuk berusaha agar aku bertemu denganMu dalam keadaan yang paling baik.

Ya Rasulullah, jika Engkau berada di zamanku ini, akanku ceritakan keluh kesahku ini kepadamu agar kau tahu bahawa diri ini sangat merinduimu.. Andai kau berada di sisiku akanku pinta kepadaMu supaya bawaku pergi dari keserabutan dunia ini.. Aku ingin hidup tenang di sampingmu…Aku ingin lupakan segalanya yang terbuku di hati. Namun aku tahu, amanahmu kepadaku di dunia ini lebih penting dari segalanya. Aku tahu, aku perlu lalui walau apa keadaan sekalipun.




Cinta dan kasih-sayang yang hadir dalam sanubari ini yang mengalir keranaNya, yang matlamatnya hanya kepada Pencipta, yang tunjangnya ku anggap terpasak kukuh memberi satu kekuatan dalaman pada diri yang tidak dapat dijelaskan kehebatannya. Ya Allah, Kau tahu bahawa aku ingin mengemudi perasaan ini kearah mencapai redhaMu. Namun pintaku, jika cinta untuk manusia di hati ini mencantas cintaku kepadaMu maka aku mohon kau cabutkanlah cinta ini hingga ke akar umbinya agar tempat yang aku khususkan hanya untukMu tidak ditakhtai dengan makhluk lemah yang Engkau cipta.. Kau Maha Mengetahui..

“..dan sungguh, KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yg dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya…” [QAF:16]



TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG SENTIASA ADA DI SISI, MEMBERI PERHATIAN KEPADA DIRI. TERIMA KASIH KEPADA INSAN-INSAN YANG HADIR DALAM HIDUP INI, YANG MELENGKAPI PERJALANANKU DALAM PERJUANGAN INI. SUNGGUH, AKU AKN HILANG KEKUATAN DALAM DIRI JIKA KALIAN TIDAK BERADA DI SISI.. KETAHUILAH, KEHADIRAN KALIAN MELENGKAPKAN HIDUPKU YANG PENUH DENGAN KEKURANGAN INI. ANDAI TIDAK TERTULIS KETENTUANNYA BUAT KITA DI MUKA BUMI INI, PASTI KU NANTI PENYATUAN KITA DI ALAM KEKAL ABADI..
WALLAHUA’LAM

Sunday, July 10, 2011

Ziarah Syaaban



Dari Aisyah r.a katanya:

”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”

1.    Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan. 

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan 


3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan.Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah : 

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
 
iii. Bertaubat 

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
 


Wednesday, July 6, 2011

REVOLUSI PERSIARAN MALAYSIA


 Revolusi hiburan dan dakwah hari ini sudah semakin maju dan pesat. Hiburan bukan lagi diasingkan dengan dakwah. Hiburan juga dalah salah satu cabang dakwah. Namun, dek kerana pemikiran manusia yang sempit dan tidak berfikrah islami, hiburan diasingkan dan dipisahkan terus dari dakwah. Teringat kepada lirik lagu Raihan :

“ Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah..
Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah”

 Malaysia kini sudah mengalami revolusi “hiburan islamik” atau hiburan yang bercirikan Islam. Bermula dengan ‘Drama Nur Kasih’ yang membawa kisah hidup dan konflik berunsurkan islam, yang disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia, jelas menunjukkan rakyat Malaysia kini sedang mencari sesuatu untuk yang hilang. Agama itu fitrah. Manusia itu diciptakan Allah mempunyai kebergantungan pada pencipta. Iaitu manusia dapat merasakan yang adanya kuasa besar yang mengawal kehidupan mereka. Itulah yang dikatakan fitrah. Ini jelas dilihat apabila manusia berada dalam satu keadaan yang sangat susah dan terdesak dan ketika itu tiada manusia yang dapat menolongnya melainkan “kuasa besar” itu. Contoh yang paling mudah adalah apabila seseorang berada di tengah lautan seorang diri, ombak besar dan rebut taufan pula melanda, ketika itu fitrah berharap “kuasa besar” itu membantu akan muncul.



Ditengah kegawatan dunia hiburan dek penangan Akademi Fantasia, Astro Oasis muncul memberi nafas Islam kepada penonton. Persperktif rakyat kepada Islam sudah diangkat. Islam itu universal atau a’lamiyyah. Islam itu hebat sehinggakan Islam boleh digunakan sebagai medium untuk stesen televisyen. Maaf untuk dikatakan, namun sememangnya mustahil untuk agama lain membawa agenda mereka menjadi satu stesyen televisyen seperti ASTRO OASIS kerana Islam itu terlalu luas untuk diteroka dan keistimewaanya tiada penghujungnya.


Fenomena baru pula melanda, IMAM MUDA. Disaksikan dan diikuti oleh jutaan rakyat Malaysia. Berpuluh-puluh media dari seluruh negara membuat liputan penuh program ini. IMAM MUDA FENOMENA MALAYSIA. Medium kreatif yang diwujudkan untuk melahirkan golongan pemimpin berjiwa islam yang muda dan mempunyai semangat yang tinggi untuk memperjuangkan Islam. Wardah melihat imam muda satu wadah yang sangat sempurna menarik golongan remaja dan belia seluruh Malaysia. Tugasan yang diberikan telah dikaji dan diteliti oleh mursyid-mursyid, mudir dan lembaga pengurusan imam muda sehingga produk imam muda yang terhasil melalui program tersebut sememangnya mantap dan diyakini kualitinya.


    Program-program santapan rohani mendapat permintaan yang tinggi di stesen televisyen. TANYALAH USTAZ setiap pagi, HALAQAH-SANTAPAN QOLBU, SEMANIS KURMA, dan kini TANYALAH USTAZAH. Itu belum termasuk yang sudah lama ditayangkan di stesen televisyen.
  
 Baru-baru ini, TV AL-HIJRAH muncul dengan gayanya sekali lagi memberi gambaran baru kepada Islam. Tiada iklan-iklan yang mendedahkan aurat, yang mencampuri batas pergaulan. Semua isi dan program yang diaturkan sangat memberi input kepada yang mencari .


     Namun sayangnya…masih ramai yang tidak mencari dan masih ramai yang lupa bahawa mereka kehilangan sesuatu iaitu iman. Bukan sahaja kehilangan, malah, apa yang tersisa dikikis oleh program-program jahiliah yang dibawa yahudi ke dalam rumah setiap umat Islam yang menyumbang kepada kuruntuhan akhlak remaja. Bukan tidak boleh, Islam tidak mengongkong namun masih ada batas yang perlu dijaga. Peliharalah hati, sayangi iman. Islam itu Indah.

“INGATLAH, DAKYAH YAHUDI YANG PALING KOTOR ADALAH KOTAK TELEVISYEN DI RUMAH ANDA!!”