Monday, August 29, 2011

Salam Graduasi



Alhamdulillah.. syukur yang tidak terhingga kerana hari graduasi akademi ramadhan telah kunjung tiba. Sebulan pembelajaran di akademi ramadhan berlalu begitu cepat tanpa disedari. Semua umat islam dibuka peluang untuk merebut ijazah taqwa di hari graduasi. Ada yang keluar dari akademi ramadhan dengan penuh kemenangan dan kegembiraan kerana pembelajaran dan kemanisan yang ditemui. Ada yang keluar dari akademi ramadhan dalam keadaan sama seperti ketika masuk. Ada yang menemui jalan penyelesaian kepada kekusutan..Masing-masing keluar dengan pointer yang hanya diketahui oleh pihak pentadbir sahaja..
Ya Allah.. aku tidak tahu apakah penilaianMu buatku namun aku masih belum berpuas hati dengan usahaku di dalam akademiMu tahun ini. Adakah taqwa yang Engkau taruhkan itu layak menjadi milikku?? Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.

Taqwa :- menunaikan semua kewajipanNya
          :- meninggalkan semua laranganNya

Hasil akademi ramadhan hanya akan dilihat dan dirasai oleh seseorang selepas sahaja berlalunya tetamu Allah itu..
Duhai Ramadhan, ku harap ada lagi pertemuan antara kita selepas ini kerana aku belum bersedia menerima yang ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhirku..


SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
SALAM SYAWAL, SELAMAT BERGRADUASI

Wednesday, August 24, 2011

Sebuah Kenangan


Alhamdulillah.. syukur yang tak terhingga dipanjatkan kepada robbul izzati atas kurniaanNya yang tak bertepi, rahsia hikmahNya yang hanya boleh dirasai oleh hati-hati yang mensyukuri setiap yang terjadi..
Allah..Tuhan Yang Maha Cantik. Menciptakan dan mentadbirkan semuanya dalam keadaan yang sangat cantik dan sempurna. Maafkan aku Ya Allah kerana kadang-kala menjadi hambaMu yang tidak bersyukur.


Pertama kali ketika menghadapi ujian kehilangan harta dunia dariMu sangat menyakitkan lubuk sanubariku. Betapa kurang sopannya aku bertanya padaMu kenapa aku yang Engkau pilih untuk menghadapi ujian ini.
Namun Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Hebat. Maha Suci Tuhan yang menjernihkan hati-hati yang gersang kekosongan. Kau hadirkan kepadaku satu demi satu hikmah  atas kehilangan itu. Kini kehilangan itu bukan lagi menjadi memori hitam dalam hidupku. Engkau Maha Hebat Ya Allah.. Segala puji bagiMu, segala cinta hanya untukMu, segala ratib pujian hanya milikMu.
Sesungguhnya aku benar-benar bersaksi
BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
NABI MUHAMMAD ITU PESURUHMU

sesungguhnya tarbiyyah dan pengalaman yg Engkau beri cukup bermakna bagiku, insan kerdil yg hina

Diari di SMA Daril Iktisam

first task


ofis yang akan sentiasa dikenang..

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA ATAS KENANGAN YANG DIBERIKAN OLEH 
KAK IMAN, PAK DIN, ZAHARI, PAK NDAK DAN MAN..
KENANGAN DENGAN KALIAN TAKKAN DILUPA..

kesian.. budak yg kena denda tak g tadarus kat surau.. bagus jgak sebenarnya

punch card yg sentiasa merah waktu masuk... malu ++

moga terus maju memacu SMADI
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawabannya"
TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA


PENGALAMAN MENDIDIK TAKKAN DILUPAKAN
TERIMA KASIH 3 ALIM..

perjalanan masih jauh.. letakkan kebergantunganmu pada Allah

student2 yg baek dan comel2 blaka..




TERIMA KASIH ATAS INGATAN...

terharu ,.. terima kasih


tq aliah.. sebak dengan ayat kamu. Allah shja yg tahu betapa gembiranya hati ini


tq nisa syg.. penuh dengan makna..
tq yus..teruskan dgn sikap kamu supaya semua orang senang


aliah dan nisa yg tak jemu membantu.. salam syg
SAYA HALALKAN SEGALANYA.. SALAM SAYANG,
I WILL NEVER FORGET U ALL AND I WILL ALWAYS PRAY FOR YOUR LUCK..
LOTS OF LOVE

T.S


Sunday, August 14, 2011

Tenangnya Ya Allah...




Aku mohon ampun pada Allah
Tuhan sekalian alam
Aku mohon ampun pada Allah
daripada segala dosa
Ya Allah Ya Tuhanku
 tambahkan ilmu yang bermanfaat kpdaku
dan terimalah amalanku
yang memberi rezeki yang luas
dan terimalah taubatku,
taubat nasuha
dan ini rahsia seruanku (doaku padaMU)
dan ku harap
moga dipermudahkan
aku adalah seorang hamba yang fakir
sesungguhnya kami fakir dan memerlukan
dan cukupkanku dengan ilmuMU ya-Rabbi
dengan soalan dan pilihanku
ya Tuhanku yang menguasai diriku
Engkau Maha Mengetahui 
bagaimana hambaMU ini

Allahuakbar..tenang yang tak dapat terucap

Wednesday, August 10, 2011

Inikah Ujian??




Inikah yang dinamakan ujian?


Saat diri benar-benar teruji,


 Hati amat yakin


Ohh…ini inilah rupanya ujian..


 Inikah yang Allah takdirkan??


 Saat perkara itu hadir,

Hati sukar menerima ketentuan tuhan.


Saat usia semakin diinjak kematangan


Ujian yang mematangkan menjelma


Terasa diri belum bersedia


Menerima ketentuan tuhan


Inikah yang dikatakan cubaan?


Hadir tanpa dipinta


Diri terdampar luka


Siapa yang meminta?


Maha suci Pencipta..


Memberi untuk mematangkan usia


Mencipta untuk melihat kedewasaan iman

..Ya Allah..
Sesungguhnya aku teruji






Monday, August 1, 2011

.:RAMADHAN KEMBALI:.




HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua