Monday, October 3, 2011

Ciri Naqib / Naqibah Dinamik



AL-FAHMU
Memahami Islam secara keseluruhan dan dasar perjuangannya
Memahami Islam dari sumber yang sejati
Kefahaman dan keseragaman bertindak berasaskan ilmu akan memudahkan tindakan.
Memahami hati budi anak-anak usrah

IMAN YANG MENDALAM
Keyakinan hanya kepada Islam. Sekiranya naqib mempunyai ilmu dan kefahaman, tetapi imannya nipis, dia tidak boleh memberikan apa-apa kebaikan untuk perjuangan. Bagaimana seorang naqib boleh menerapkan iman kepada anak usrah sekiranya iman beliau sendiri tidak teguh. Rasulullah S.A.W menunjukkan bagaimana iman yang mantap menyebabkan para sahabat sanggup sehidup semati.

BENAR
Naqib mestilah benar di dalam niat, perkataan, pekerjaannya. Jangan sekali-kali ada penipuan dan pendustaan. Sekiranya naqib tidak benar dalam ucapan dan tindakan maka ia akan memberi kesan buruk kepada usrah yang dipimpin.

SABAR
Tanpa sabar naqib tidak dapat mencapai matlamat yang dicita-citanya, kerana kerja membentuk manusia bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan satu kesabaran yang padu serta himmah yang tinggi untuk melaksanakannya. Naqib mesti belajar bersabar atas karenah ahli usrah yang berbagai-bagai ragam dan tindakan kesabaran sahaja yang akan boleh menjayakan perlaksanaan usrah.

RAHMAT
Jangan kecewa jika anak buahnya menolak apa yang disampaikan. Mungkin mereka tidak faham, atau kita gagal menyampaikan sesuatu dengan tepat dan berkesan kepada mereka. Pandanglah mereka dengan pandanganan rahmah seperti Nabi melakukannya kepada puak Taif dimana baginda diminta oleh Malaikat untuk berdoa kepada Allah, tetapi baginda tidak melakukannya.

Ya, kita semua manusia biasa. Tak mungkin mencapai kesempurnaan namun, tak salah kan berusaha?? Allah tidak memandang hasil tetapi memandang usaha. Itu yg menjadi penilaian. Ayuh perbetulkan diri. Dirimu diperhati dan diteladani…
                                                                          
“RELA DITARBIYYAH UNTUK MENTARBIYYAH”

__wardahsafiyya__

Ada Apa Dengan Usrah

TUJUAN USRAH


1)      Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah S.W.T

2)    Menghubungkan anggota secara langsung kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah
3)    Mengiltizamkan anggota dengan akhlak al-Quran supaya dapat mematuhi perintah dan larangan Allah.
4)    Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian.
5)    Membentuk pemikiran dan tindakan yang selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
6)    Sentiasa dapat bermulazamah dengan Al-Quran dan Hadith.
7)     Melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan.
8)    Membentuk peribadi Muslim dan keluarga Muslim dan masyarakat Muslim.
9)    Merapatkan ukhwah dan kasih sayang di kalangan anggota.
10) Menghidupkan budaya nasihat-menasihati di kalangan anggota
11)    Menanamkan semangat cintakan agama Allah.
12)  Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup dengan cita-cita, harapan dan kepercayaan yang diyakini. Penekanan yang tepat kepada konsep keimanan kepada Allah dan Rasul akan melahirkan iltizam serta pengorbanan yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti kecewa.
13)  Membuka saluran komunikasi dalam sebuah organisasi. Sistem usrah boleh digunakan untuk mewujudkan satu system komunikasi yang baik di samping mewujudkan arahan sebutang (one button mobilisation)
14) Dapat menguji bakat dan kebolehan anggota masing-masing.
15)  Dapat memahami sifat-sifat peribadi anggota dengan lebih dekat seperti pemarah, pemurah, penakut, gopoh, lembab dan sebagainya.



Sahabat-sahabat, usrah boleh dilakukan dengan sesiapa sahaja dan di mana jua. Antara sahabat dan sahabat, antara suami dan isteri, antara ibu dan anak-anak, sesama keluarga, guru dan murid dan etc.. Usrah menjadikan diri sentiasa terisi dengan ilmu, hilang rasa kesunyian, eratkan kasih sayang, hilang segala masalah. so, tunggu apa lagi?? anda harus mencuba! jom usrah!

“USRAH NADI TARBIYYAH DIRI”


___wardahsafiyya___


1