Friday, November 25, 2011

Warkah Hijrah Dari Bonda

“Menggembur Sejarah, menyubur HIJRAH”




Anakku Sayang…
Saban tahun kau melihat umat Islam menyambut awal Muharam atau Maal Hijrah bukan? Menghayati peristiwa HIJRAH dan terkesan tatkala mengenang pengorbanan di dalamnya, terlalu suci dan terasa keikhlasan sahabat2 & kerabat Baginda S.A.W.  Mereka berhijrah ke Madinah meninggalkan tanah air tercinta dengan darah dan airmata yang akhirnya dibalas Illahi dengan kegembiraan yang tidak disangka-sangka. Lantaran itu umat Islam hari ini mengambil intipati hijrah untuk kehidupan mereka yang lebih baik. Namun apakah benar2 mereka sudah berhijrah? Dan kamu sayangku…bagaimana hijrahmu? Ya, memanglah HIJRAH seperti nabi sudah tidak ada lagi pada hari ini, tapi hijrah pada hari ini ialah hijrah dari yang buruk kepada yang baik, yang baik kepada yang lebih baik, dan begitulah seterusnya. Ia melibatkan pengorbanan yang sangat besar, kerana disitulah bermulanya titik perubahan. Kamu tahu mengapa HIJRAH telalu penting sehingga ia diangkat sebagai tahun bermulanya Kalendar Islam? Kamu tahu apa peri pentingnya?

Anakku Sayang…
Bonda tidak mahu bicara panjang2, bonda percaya kamu lebih arif tentang Hijrah, namun bonda cuma mahu menggembur sedikit sejarah, agar bias menyubur semangat kau untuk berhijrah. Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar-Al-Khattab lah idea untuk mengadakan kalender Islam. Sebelum itu, masyarakat Arab mengira tahun berdasarkan peristiwa. Contohnya banjir besar, maka tahunnya disebut 1 tahun sebelum atau 1 tahun selepas banjir. Sebelum HIJRAH dipilih sebagai tahun bermulanya kalender itu, timbul beberapa cadangan lain seperti tahun kelahiran nabi, turun wahyu pertama dan perang Badar. Namun Saiyidina Umar Al-Khatab memilih HIJRAH. Mengapa? Bandingkanlah bagaimana keadaan Islam sebelum HIJRAH dan selepasnya. Sebelum HIJRAH, umat islam ditekan & ditindas, Islam sekadar  sembunyi2, kiranya Rasul S.A.W hanya mampu menegur orang kafir yg minum arak & mnyembah berhala, TETAPI selepas HIJRAH, umat Islam berkuasa, bebas ber’Islam’ dan menyebarkan Aqidah yang benar kepada umat. Malah Islam lebih kepada pelaksanaan & terdapatnya hukum hakam yg ditetapkan Allah. Yang paling utama, tertegaknya Daulah Islamiyyah…

Anakku Sayang…
Ingatlah pesan bonda, umat Islam itu adalah umat yg perilakunya pada hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini. Teruskanlah HIJRAHmu anakku, jgn gusar dengan masa depan yg samar dan dosa silam yg menghantuimu. Bertekadlah dan berazamlah dengan kesungguhan. Kamu adalah pendokong kepada Agamamu. Hiduplah bahagia dengan agamamu kerana Islam itu adalah anugerah dan hadiah dari tuhan Yang Maha Pengasih. Usirlah segala macam kesedihan dalam dirimu, bayang2 kedukaan dan mimpi2 buruk, ketakutan & kekhuatiran.
Hari ini, HIJRAH ini, ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkanlah kegelisahan, hindarkan lorong2 dosa yg penuh kesengsaraan, jauhlah dari keputusasaan dan kegagalan. Marilah kita bersama2 HIJRAH dan kembali ke jalan keimanan dan melempiaskan kerinduan kita kpd Allah dan merasa puas dengan qada’ dn qadarNYA.  Moga nanti, pada saat kau diseru oleh penyeru keimanan, kau diseru dengan kata-kata ini
“Wahai insan yg berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan, berbahagialah kerana kamulah insan yg paling behagia di dunia ini lantaran HIJRAH yg kau lakukan dan ikhlas mengubah kehidupan akhiratmu”

Salam HIJRAH dari Bonda sayang…

Ehsan kasih; Kyo Lestaryo