Wednesday, September 5, 2012

Reunion Raya



Alhamdulillah.. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah. Sesungguhnya Syawal mengeratkan hubungan yang jauh terpisah. Takdir Allah  menentukan aku dan sahabat-sahabat seperjuangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik yang tidak bertemu lebih kurang 4 tahun bertemu kerana rahmat Syawal.. Masing-masing telah semakin matang dan menjadi 'seseorang'. Setiap wajah yang melintas di mata ini pasti menggamit memori-memori manis bersama. Susah, senang, suka, duka, kami tempoh bersama sepanjang lima tahundi SMKAS. Yang duka, yang terasa di hati, yang didendam semuanya
gugur menjadi rintik-rintik memori yang yang manis.. Ya Allah, ingin aku kembali ke saat-saat itu semula dimana daku dapat memeperbetulkan kesalahan dan kesilapanku pada guru-guru, pada sahabat2 dan yang paling penting pada diri sendiri.. Sungguh, aku takkan lupa pada SMKASik kerana disitulah peribadi diri ini dibina.. Alhamdulillah, diri yang lahir pada hari ini adalah berpunca dari asas didikan di sana. SMKASik, sebuah sekolah yang jauh di pedalaman sik. Terletak di kawasan bukit-bukau dan mempunyai panorama yang Subhanallah..... SANGAT INDAH. Syawal kali ini, aku dan sahabat2 kembali menggamit memori kami. Cahaya kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah kami. Ku peluk erat sahabt2, terlerai segala rindu dan terkikis segala rasa di hati.. Terima kasih kepada Cikgu Norizan dan keluarga. Ketua warden perempuan sewaktu kami dahulu, seseorang yang ku anggap seperti ibu, merangkap juga guru geografiku yang tak pernah putus mencurahkan kasih sayangnya pada kami.

Terima kasih kpd Syahida Haji Jamil dan Fatimah Bukhori yang menemani perjalan jauh kami
Tak terlafaz kata-kata.. SYUKUR, SYUKUR, dan SYUKUR

rakan-rakan yg sangat dirindui

Alhamdulillah juga kerana Syawal ini membuka lembaran baru dalam hidup salah seorang dari sahabat kami, Hanzalah yang selamat diijiabkabul dengan zaujahnya

Barakallahulakuma.. Moga bahagia dunia dan akhirat...


.................wardahsafiyya...........





Memburu FITRAH sebenar insan

Bismillahirrahmaanirrahim..
Terasa diketuk satu dengan satu kekuatan untuk kembali mencorakkan tinta dari hati ke dalam blog ini yang sudah berhabuk dan hampir saja bersawang ini.
Terima kasih kepada mereka-mereka yang selalu bertanya dan memintaku mewarnai kembali ruangan ini.
Ya, malas.. itulah jawapan yg layak untuk ku beri. Terlalu banyak yg ingin dikongsi sehinggakan menjadi basi semuanya dan tak tertulis. Tanganku hanya akan digerakkan di runagan ini hanya bila ada sesuatu yang menyentuh jiwa dan hati..

Duhai sahabat-sahabat.. kadangkala kehidupan ini sukar untuk difahami dan kerana itu Allah takdirkan sesuatu kepada kita. Kalau bukan sekarang masanya untuk kita memahami 'sesuatu' itu, insyaAllah Maha Suci Allah akan mentakdirkan sesuatu dengan segala hikmah samada yang jelas atau tersembunyi, samada diketahui sekaranga atau kemudian,

Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Sepanjang Ramadhan Kareem 1433H, diri ini diberi kesempatan berpuasa penuh bersama keluarga di rumah. Mungkin kerana tempatku menuntut ilmu agak jauh dari pandangan keluarga, bila pulang sahaja ke rumah, ku rasakan setiap detik itu adalah sangat bermakna. Ramadhan kali ini memberikan  hikmah dan ujian yang hebat kepada kami sekeluarga.. Satu titik tolak untuk kami sekeluarga lebih erat dan mendekatkan diri padaNya.
Allahuakbar.... Kau takdirkan Ramadhan sebagai waktu untuk menguji kami, alhamdulillah....
Seperti biasa, ku punya ibu dan ayah yang sangat kuat dan hebat. Ku punya kakak yang sangat kental dan ku punya adik2 yang matang. AKU BANGGA

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, WALILLAHILHAMD

Pulangnya Ramadhan kepadaMu menggantikan Syawal yang penuh dengan kesyukuran dan kesucian. Kembalinya manusia kepada fitrah asal..
Yang berjaya menawan nafsu sendiri.
Yang berjaya akur akan kehendak Rabbani
Yang berjaya menolak diri merebut ganjaranMu

Syawalku bersama keluarga dirai dengan penuh sederhana. Mensyukuri setiap nikmat yang hadir..
Bersama sahabat handai..bersama saudara-mara.. Alhamdulillah.., syawal ini juga membuka lembaran baru dalam hidupku. Menggerakkan satu kakiku selangkah kehadapan untuk menagih redhaMu dalam mengemudi hatiku.
Doaku padaMu yang tak pernah putus agar menjauhkan aku sejauh-jauhnya dari apa jua yang bukan ditakdirkan akan bersamaku pada masa akan datang dan mendekatkan aku dengan apa jua yang bakal aku miliki pada masa akan datang. Jujurnya insan akan dirasai dari melihat kesungguhan dan tekadnya. Membuatkan keyakinan semakin mantap. Namun ku yakin Ya Allah.... SEMUANYA milik dan hakmu. Hanya Engkau yang memegang rahsia-rahsia kehidupan. Syawal ini sungguh indah Ya Allah. Hebatnya Dikau mentakdirkan kehidupanku, kehidupan kami hamba-hambaMu. Aku syukur Ya Allah. Moga Engkau tak menguji hati-hati yang telah bersatu mencari redhaMu dengan membiarkan tusukan dan panahan syaitan yang menyesatkan. Moga hati-hati ini istiqamah menuju matlamat menjejaki redhaMu.

SUNGGUH...
Aku bersyukur punya ibu bapa yang teramat mengasihiku
Aku bersyukur punya adik-beradikku yang melengkapi kehidupanku
Aku bersyukur punya insan yang tak pernah membiarkan aku hanyut dengan mehnah dunia
Aku bersyukur punya sahabat-sahabat yang tanpa mereka aku mungkin lumpuh selamanya
Dan..
Aku bersyukur kerana punya KAU disampingku..Jika Engkau takdirkan untuk ambil kesemua milikku, ambillah Ya Allah.. tapi jangan pernah tinggalkanku

SYAWAL KAREEM>> Memburu fitrah sebenar insan