Wednesday, September 5, 2012

Memburu FITRAH sebenar insan

Bismillahirrahmaanirrahim..
Terasa diketuk satu dengan satu kekuatan untuk kembali mencorakkan tinta dari hati ke dalam blog ini yang sudah berhabuk dan hampir saja bersawang ini.
Terima kasih kepada mereka-mereka yang selalu bertanya dan memintaku mewarnai kembali ruangan ini.
Ya, malas.. itulah jawapan yg layak untuk ku beri. Terlalu banyak yg ingin dikongsi sehinggakan menjadi basi semuanya dan tak tertulis. Tanganku hanya akan digerakkan di runagan ini hanya bila ada sesuatu yang menyentuh jiwa dan hati..

Duhai sahabat-sahabat.. kadangkala kehidupan ini sukar untuk difahami dan kerana itu Allah takdirkan sesuatu kepada kita. Kalau bukan sekarang masanya untuk kita memahami 'sesuatu' itu, insyaAllah Maha Suci Allah akan mentakdirkan sesuatu dengan segala hikmah samada yang jelas atau tersembunyi, samada diketahui sekaranga atau kemudian,

Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Sepanjang Ramadhan Kareem 1433H, diri ini diberi kesempatan berpuasa penuh bersama keluarga di rumah. Mungkin kerana tempatku menuntut ilmu agak jauh dari pandangan keluarga, bila pulang sahaja ke rumah, ku rasakan setiap detik itu adalah sangat bermakna. Ramadhan kali ini memberikan  hikmah dan ujian yang hebat kepada kami sekeluarga.. Satu titik tolak untuk kami sekeluarga lebih erat dan mendekatkan diri padaNya.
Allahuakbar.... Kau takdirkan Ramadhan sebagai waktu untuk menguji kami, alhamdulillah....
Seperti biasa, ku punya ibu dan ayah yang sangat kuat dan hebat. Ku punya kakak yang sangat kental dan ku punya adik2 yang matang. AKU BANGGA

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, WALILLAHILHAMD

Pulangnya Ramadhan kepadaMu menggantikan Syawal yang penuh dengan kesyukuran dan kesucian. Kembalinya manusia kepada fitrah asal..
Yang berjaya menawan nafsu sendiri.
Yang berjaya akur akan kehendak Rabbani
Yang berjaya menolak diri merebut ganjaranMu

Syawalku bersama keluarga dirai dengan penuh sederhana. Mensyukuri setiap nikmat yang hadir..
Bersama sahabat handai..bersama saudara-mara.. Alhamdulillah.., syawal ini juga membuka lembaran baru dalam hidupku. Menggerakkan satu kakiku selangkah kehadapan untuk menagih redhaMu dalam mengemudi hatiku.
Doaku padaMu yang tak pernah putus agar menjauhkan aku sejauh-jauhnya dari apa jua yang bukan ditakdirkan akan bersamaku pada masa akan datang dan mendekatkan aku dengan apa jua yang bakal aku miliki pada masa akan datang. Jujurnya insan akan dirasai dari melihat kesungguhan dan tekadnya. Membuatkan keyakinan semakin mantap. Namun ku yakin Ya Allah.... SEMUANYA milik dan hakmu. Hanya Engkau yang memegang rahsia-rahsia kehidupan. Syawal ini sungguh indah Ya Allah. Hebatnya Dikau mentakdirkan kehidupanku, kehidupan kami hamba-hambaMu. Aku syukur Ya Allah. Moga Engkau tak menguji hati-hati yang telah bersatu mencari redhaMu dengan membiarkan tusukan dan panahan syaitan yang menyesatkan. Moga hati-hati ini istiqamah menuju matlamat menjejaki redhaMu.

SUNGGUH...
Aku bersyukur punya ibu bapa yang teramat mengasihiku
Aku bersyukur punya adik-beradikku yang melengkapi kehidupanku
Aku bersyukur punya insan yang tak pernah membiarkan aku hanyut dengan mehnah dunia
Aku bersyukur punya sahabat-sahabat yang tanpa mereka aku mungkin lumpuh selamanya
Dan..
Aku bersyukur kerana punya KAU disampingku..Jika Engkau takdirkan untuk ambil kesemua milikku, ambillah Ya Allah.. tapi jangan pernah tinggalkanku

SYAWAL KAREEM>> Memburu fitrah sebenar insan




Sunday, April 1, 2012

Duhai Yang Bernama Hati



Duhai yang bernama hati,

Kuatlah sayang... 
Kau bukan hanya sekadar hati
Kau lebih dari itu..
Kau cerminan diriku.. 

Duhai yang bernama hati..
Kentallah dikau sayang..
Kerna aku bergantung padamu
Dan Engkau sentiasa dipandang Dia
Jangan Engkau biarkan Dia menjauh dari memandangmu

Duhai yang bernama hati
Rendahkanlah egomu di hadapan Dia
Bicaralah dengan Dia sentiasa
Kerna aku menuruti bicaramu
Kerna aku mempercayaimu

Duhai yang bernama hati
Di mana Dia Engkau letakkan..
Merafak sembahlah pada Allah..
Dia yang menjadikanmu..
Letakkanlah Dia di tempat yg paling tinggi
InsyaAllah.. yang lain akan hadir menbuntuti 

Duhai yang bernama hati..
Usah terlalu dilayan denyut rindumu itu
Kerna kau punya misi besar di depan sana
Usah terlalu ditagih pada yang belum pasti
Kelak kau akan hancur bagai debu..
Usah terlalu mengharap pada yang memberi
Kelak ku takut kau dilukai
Berpadalah dalam berjanji..
Kelak ku takut kau remuk dikhianati
Bersabarlah sayang..
Masanya pasti tiba

Duhai yang bernama hati..
Aku amanahkan kau menyimpan nama sahabat-sahabatku
Jagalah mereka..
Berdoalah pada mereka..
Jangan kau biarkan mereka pergi..
Kerana mereka yang mmencorakkanmu

Duhai yg bernama hati..
Aku tahu, kau punya parut-parut luka yang telah berlalu
Dan kadang kala tercarik kembali
Kau luka lagi..
Tapi kau tahu kan sayang..
Itu tandanya Dia mengingatkanmu..
Agar tak lena diulit mimipi
Agar tak hanyut dibuai naluri
Zikir padaNya selalu..

Duhai yang bernama hati..
Kadangkala aku palitkan tompok-tompok hitam padamu
Maafkan aku sayang..
Kau dan aku perlu bersatu membersihkannya kembali
Jangan dengar bisikan syaitan yg menghampirimu
Abaikan pujuk rayu nafsu yang mengikutimu
Kau punya kekuatan tersendiri
Masakan tidak, keranamu aku masih mampu bertahan hingga saat ini

Duhai yang bernama hati
Pimpin tanganku kepadaNya
Kita sama-sama mencari Dia
Akanku sentiasa tempatkan Dia padamu
Dan ingatlah hati..
Tidak ada sesiapa yang akan mapu mengambil Dia darimu


Kau ceminan diriku di mata Dia

"Yaa ayyatuhannafsul mutmainnah! Irji'ie ila robbikirodhiatammardhiyyah.."
_sebarkansakinah



Sunday, December 18, 2011

Rintihan Dai'e

Allahuakbar..
Penatnya… Letihnya.. Tak sanggup lagi dah..
Banyak benda.. banyak perkara...
Perananku dua benda dalam satu masa..
Anak dn rantai perjuangan
Pelajar dan dai’e
Program, tanggungjwb, amanah, meeting, usrah, jawatan,
Lab report, assignment, test, study, exam,
Tak cukup tidur, dalam kelas..-zZzZ, kerja last minit


Untuk apa susah payah ini??
Untuk dapat nama??
Gaji?? Siapa yg nk beri?
Pujian?? Siapa yg nk ucap?


Saat teman2 lain yg peranannya hanya di meja buku bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk masa depan, untuk lunaskan harapan ibu ayah..
Mata rantai pejuangan di medan dan lapangan yang hanya mengharapakan syurga dn redha Allah.
Saat kepenatan dengan tuntutan kehidupan sebagai seorang pelajar yang menggila,
Saat keletihan menjalani hari-hari sebagai penuntut secebis ilmu Allah,
Saat itu juga Engkau menegurku melalui seorang teman..

“ One message receiced”

“Bukan saja2 Allah meletakkan anda dalam bidang itu,
Bukan saja2 Allah kurniakan anda dalam kepakaran itu,
Bukan saja2 Allah memasukkan kelemahan itu,
Bukan saja2 Allah memeberikan ujian sebegitu,
Melainkan Allah tahu anda akan memberikan sesuatu
dalam bidang itu..
Melainkan Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu2 itu,
Melainkan Allah akan temukan anda dgn insan2 ikhlas membantu
Melainkan Allah mahu menguatkanmu,
Melainkan Allah mahu anda tahu betapa tinggi kasih sygNya padamu”
From: S*******, 2.30a.m

Terdiam sebentar.. 
Allahuakbar.. Maafkan aku



Ini jalan yang ku pilih..
Aku pilih untuk berjuang untuk Islam selagi roh di dalam jasad ini
Ya,  aku yang membuat pilihan
Sakit? Sedih? Perit? Tawakkal? Risiko? Menangis?
Ya, semuanya aku rasai..
Jalan pejuang bukan penuh dengan taman bunga di kiri dan kanan..
Jalan pejuang bukan karpet merah
Jalan pejuang bukan dirai dengan sorakan

“ Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar” [Ali-imran:142]


Cemburu dengan teman yg lain? Ya..
Sedih dengan diri sendiri? Ya…

“One message received”

“ Tarbiyyah adalah umpama hospital.
Tiada orang yg pergi ke hospital tersenyum.
Melaui proses tarbiyyah adalah satu kepahitan kerana terpaksa melawan nafsu & keinginan. Murabbi memberikan tarbiyyah umpama doktor memberikan ubat. Walaupun pahit ditelan tapi di sana ada kemanisan bagi diri yang jiwanya sihatkesan terdidik dengan kepahitan tarbiyyah.. Orang yang menangis bersama kita dn kerap membuatkan kita menangis adalah lebih baik dari orang yang ketawa bersama kita yang akhirnya akan mentertawakan kita..”
 Nukilan Syeikh yusuf al-Hasani
From : *****, 1.40a.m

Terima Kasih Ya ALLAH…

Firman Allah :
“ Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman” [Ali-Imran:139]

Satu sahaja kata-kataku buat sahabat yg sentiasa di sisi..
Aku kuat kerana adanya kalian..

Buat sahabat2 sebidangku..

Kita letih kan sahabat? Kita penat kan? Kdg2 kepenatan mengundang perbalahan  antara kita..  Kdg keletihan membuatkan kita sukar untuk berlapang dada.. tapi ketahuilah sahabat, tegak kukuhnya kakiku di jalan ini adalah kerana adanya kalian, tegarnya jiwa ini melawan tuntutan hati adalah dengan sokongan kalian, teguran yg lahir dari bibirku adalah hanya untuk ke arah kesempurnaan diri ini dan kalian..
Ya, jalan kita berbeza dengan yang lain.. Usah rasa lemah sahabat, usah tumbang sahabat kerana kita memang  sememangnya yakin bahawa keletihan kita adalah infak untuk agama Allah yg tercinta.. Biarlah apa mereka kata, pedulikan pandangan mereka kepada kita, usah rebah dengan jolokan kata-kata manusia kerana kita tahu

“KITA BERBEZA DARI MEREKA”

Kita ada Allah bersama…



Salam sayang buat 5 sahabat foOdtecHnoLogY

Friday, November 25, 2011

Warkah Hijrah Dari Bonda

“Menggembur Sejarah, menyubur HIJRAH”




Anakku Sayang…
Saban tahun kau melihat umat Islam menyambut awal Muharam atau Maal Hijrah bukan? Menghayati peristiwa HIJRAH dan terkesan tatkala mengenang pengorbanan di dalamnya, terlalu suci dan terasa keikhlasan sahabat2 & kerabat Baginda S.A.W.  Mereka berhijrah ke Madinah meninggalkan tanah air tercinta dengan darah dan airmata yang akhirnya dibalas Illahi dengan kegembiraan yang tidak disangka-sangka. Lantaran itu umat Islam hari ini mengambil intipati hijrah untuk kehidupan mereka yang lebih baik. Namun apakah benar2 mereka sudah berhijrah? Dan kamu sayangku…bagaimana hijrahmu? Ya, memanglah HIJRAH seperti nabi sudah tidak ada lagi pada hari ini, tapi hijrah pada hari ini ialah hijrah dari yang buruk kepada yang baik, yang baik kepada yang lebih baik, dan begitulah seterusnya. Ia melibatkan pengorbanan yang sangat besar, kerana disitulah bermulanya titik perubahan. Kamu tahu mengapa HIJRAH telalu penting sehingga ia diangkat sebagai tahun bermulanya Kalendar Islam? Kamu tahu apa peri pentingnya?

Anakku Sayang…
Bonda tidak mahu bicara panjang2, bonda percaya kamu lebih arif tentang Hijrah, namun bonda cuma mahu menggembur sedikit sejarah, agar bias menyubur semangat kau untuk berhijrah. Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar-Al-Khattab lah idea untuk mengadakan kalender Islam. Sebelum itu, masyarakat Arab mengira tahun berdasarkan peristiwa. Contohnya banjir besar, maka tahunnya disebut 1 tahun sebelum atau 1 tahun selepas banjir. Sebelum HIJRAH dipilih sebagai tahun bermulanya kalender itu, timbul beberapa cadangan lain seperti tahun kelahiran nabi, turun wahyu pertama dan perang Badar. Namun Saiyidina Umar Al-Khatab memilih HIJRAH. Mengapa? Bandingkanlah bagaimana keadaan Islam sebelum HIJRAH dan selepasnya. Sebelum HIJRAH, umat islam ditekan & ditindas, Islam sekadar  sembunyi2, kiranya Rasul S.A.W hanya mampu menegur orang kafir yg minum arak & mnyembah berhala, TETAPI selepas HIJRAH, umat Islam berkuasa, bebas ber’Islam’ dan menyebarkan Aqidah yang benar kepada umat. Malah Islam lebih kepada pelaksanaan & terdapatnya hukum hakam yg ditetapkan Allah. Yang paling utama, tertegaknya Daulah Islamiyyah…

Anakku Sayang…
Ingatlah pesan bonda, umat Islam itu adalah umat yg perilakunya pada hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini. Teruskanlah HIJRAHmu anakku, jgn gusar dengan masa depan yg samar dan dosa silam yg menghantuimu. Bertekadlah dan berazamlah dengan kesungguhan. Kamu adalah pendokong kepada Agamamu. Hiduplah bahagia dengan agamamu kerana Islam itu adalah anugerah dan hadiah dari tuhan Yang Maha Pengasih. Usirlah segala macam kesedihan dalam dirimu, bayang2 kedukaan dan mimpi2 buruk, ketakutan & kekhuatiran.
Hari ini, HIJRAH ini, ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkanlah kegelisahan, hindarkan lorong2 dosa yg penuh kesengsaraan, jauhlah dari keputusasaan dan kegagalan. Marilah kita bersama2 HIJRAH dan kembali ke jalan keimanan dan melempiaskan kerinduan kita kpd Allah dan merasa puas dengan qada’ dn qadarNYA.  Moga nanti, pada saat kau diseru oleh penyeru keimanan, kau diseru dengan kata-kata ini
“Wahai insan yg berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan, berbahagialah kerana kamulah insan yg paling behagia di dunia ini lantaran HIJRAH yg kau lakukan dan ikhlas mengubah kehidupan akhiratmu”

Salam HIJRAH dari Bonda sayang…

Ehsan kasih; Kyo Lestaryo

Monday, October 3, 2011

Ciri Naqib / Naqibah Dinamik



AL-FAHMU
Memahami Islam secara keseluruhan dan dasar perjuangannya
Memahami Islam dari sumber yang sejati
Kefahaman dan keseragaman bertindak berasaskan ilmu akan memudahkan tindakan.
Memahami hati budi anak-anak usrah

IMAN YANG MENDALAM
Keyakinan hanya kepada Islam. Sekiranya naqib mempunyai ilmu dan kefahaman, tetapi imannya nipis, dia tidak boleh memberikan apa-apa kebaikan untuk perjuangan. Bagaimana seorang naqib boleh menerapkan iman kepada anak usrah sekiranya iman beliau sendiri tidak teguh. Rasulullah S.A.W menunjukkan bagaimana iman yang mantap menyebabkan para sahabat sanggup sehidup semati.

BENAR
Naqib mestilah benar di dalam niat, perkataan, pekerjaannya. Jangan sekali-kali ada penipuan dan pendustaan. Sekiranya naqib tidak benar dalam ucapan dan tindakan maka ia akan memberi kesan buruk kepada usrah yang dipimpin.

SABAR
Tanpa sabar naqib tidak dapat mencapai matlamat yang dicita-citanya, kerana kerja membentuk manusia bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan satu kesabaran yang padu serta himmah yang tinggi untuk melaksanakannya. Naqib mesti belajar bersabar atas karenah ahli usrah yang berbagai-bagai ragam dan tindakan kesabaran sahaja yang akan boleh menjayakan perlaksanaan usrah.

RAHMAT
Jangan kecewa jika anak buahnya menolak apa yang disampaikan. Mungkin mereka tidak faham, atau kita gagal menyampaikan sesuatu dengan tepat dan berkesan kepada mereka. Pandanglah mereka dengan pandanganan rahmah seperti Nabi melakukannya kepada puak Taif dimana baginda diminta oleh Malaikat untuk berdoa kepada Allah, tetapi baginda tidak melakukannya.

Ya, kita semua manusia biasa. Tak mungkin mencapai kesempurnaan namun, tak salah kan berusaha?? Allah tidak memandang hasil tetapi memandang usaha. Itu yg menjadi penilaian. Ayuh perbetulkan diri. Dirimu diperhati dan diteladani…
                                                                          
“RELA DITARBIYYAH UNTUK MENTARBIYYAH”

__wardahsafiyya__

Ada Apa Dengan Usrah

TUJUAN USRAH


1)      Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah S.W.T

2)    Menghubungkan anggota secara langsung kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah
3)    Mengiltizamkan anggota dengan akhlak al-Quran supaya dapat mematuhi perintah dan larangan Allah.
4)    Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian.
5)    Membentuk pemikiran dan tindakan yang selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
6)    Sentiasa dapat bermulazamah dengan Al-Quran dan Hadith.
7)     Melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan.
8)    Membentuk peribadi Muslim dan keluarga Muslim dan masyarakat Muslim.
9)    Merapatkan ukhwah dan kasih sayang di kalangan anggota.
10) Menghidupkan budaya nasihat-menasihati di kalangan anggota
11)    Menanamkan semangat cintakan agama Allah.
12)  Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup dengan cita-cita, harapan dan kepercayaan yang diyakini. Penekanan yang tepat kepada konsep keimanan kepada Allah dan Rasul akan melahirkan iltizam serta pengorbanan yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti kecewa.
13)  Membuka saluran komunikasi dalam sebuah organisasi. Sistem usrah boleh digunakan untuk mewujudkan satu system komunikasi yang baik di samping mewujudkan arahan sebutang (one button mobilisation)
14) Dapat menguji bakat dan kebolehan anggota masing-masing.
15)  Dapat memahami sifat-sifat peribadi anggota dengan lebih dekat seperti pemarah, pemurah, penakut, gopoh, lembab dan sebagainya.



Sahabat-sahabat, usrah boleh dilakukan dengan sesiapa sahaja dan di mana jua. Antara sahabat dan sahabat, antara suami dan isteri, antara ibu dan anak-anak, sesama keluarga, guru dan murid dan etc.. Usrah menjadikan diri sentiasa terisi dengan ilmu, hilang rasa kesunyian, eratkan kasih sayang, hilang segala masalah. so, tunggu apa lagi?? anda harus mencuba! jom usrah!

“USRAH NADI TARBIYYAH DIRI”


___wardahsafiyya___


1