Monday, December 24, 2012

ya hanana- betapa beruntungnya kami

BETAPA BERUNTUNGNYA KAMI.... YA HANANA..

Teks Qasidah Yahanana.

YaHanana
Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…
==============================
” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Sunday, October 28, 2012

Antara Twister dan Tiger

Membuat keputusan dan tindakan bukan perkara mudah
Hidup penuh dengan pilihan
Qada' semestinya telah ditentukan oleh Allah
Jodoh dan kematian itu sudah pasti tarikhnya
Usah dipertikai ketetapannya
Kita hanya manusia lemah
Cuma mampu berdiam diri
Dan menunggu masa dan ketika
Aku, kau, dia atau mereka punya takdir yang berbeza
Ya, menilai itu mudah
Tapi tak mudah mencari keputusannya
Mengaku itu mudah
Tak tak semestinya dapat menunaikannya
Aku, kau, dia atau mereka hanya mengikut kehendak DIA
Usah dipersoal kerana hidupmu telah lama dilakar
Namun Qadar mengikut usaha manusia
Kita yang membuat pilihan
Berusaha untuk ke syurga atau merelakan diri ke neraka
Nak pilih baju biru atau baju ungu,
itu pilihan kita
Nak telefon bimbit samsung atau sony ericson
itu pilihan kita
Nak membangga diri atau nak rendah hati
itu juga pilihan kita
Nak kepada kejayaan atau nak menerobos pintu kegagalan
Itu pilihan kita
Kerana DIA tak akan merubah nasibmu
kecuali dengan usahamu untuk mengubahnya

Last but not least...

Nak TWISTER ataupun TIGER
~ITU PILIHAN KITA~
Namun ku pilih keduanya kerana hilang salah satu, tak lengkaplah rasanya.. ^^



..No choice..



Tuesday, October 16, 2012

Saham Akhirat

Dan sungguh, 
ibu bapa adalah anugerah terhebat Allah buatmu.. 

Mereka memahami dirimu lebih dari dirimu sendiri.. 
Pelengkap kehidupanmu..
Penghubung terus antara kamu dengan Allah..
Berlembutlah dan santunilah mereka,
Nescaya kamu akan menyedari banyak antara doamu yang termakbul..

Yakinlah...

Wednesday, September 5, 2012

Reunion Raya



Alhamdulillah.. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah. Sesungguhnya Syawal mengeratkan hubungan yang jauh terpisah. Takdir Allah  menentukan aku dan sahabat-sahabat seperjuangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik yang tidak bertemu lebih kurang 4 tahun bertemu kerana rahmat Syawal.. Masing-masing telah semakin matang dan menjadi 'seseorang'. Setiap wajah yang melintas di mata ini pasti menggamit memori-memori manis bersama. Susah, senang, suka, duka, kami tempoh bersama sepanjang lima tahundi SMKAS. Yang duka, yang terasa di hati, yang didendam semuanya
gugur menjadi rintik-rintik memori yang yang manis.. Ya Allah, ingin aku kembali ke saat-saat itu semula dimana daku dapat memeperbetulkan kesalahan dan kesilapanku pada guru-guru, pada sahabat2 dan yang paling penting pada diri sendiri.. Sungguh, aku takkan lupa pada SMKASik kerana disitulah peribadi diri ini dibina.. Alhamdulillah, diri yang lahir pada hari ini adalah berpunca dari asas didikan di sana. SMKASik, sebuah sekolah yang jauh di pedalaman sik. Terletak di kawasan bukit-bukau dan mempunyai panorama yang Subhanallah..... SANGAT INDAH. Syawal kali ini, aku dan sahabat2 kembali menggamit memori kami. Cahaya kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah kami. Ku peluk erat sahabt2, terlerai segala rindu dan terkikis segala rasa di hati.. Terima kasih kepada Cikgu Norizan dan keluarga. Ketua warden perempuan sewaktu kami dahulu, seseorang yang ku anggap seperti ibu, merangkap juga guru geografiku yang tak pernah putus mencurahkan kasih sayangnya pada kami.

Terima kasih kpd Syahida Haji Jamil dan Fatimah Bukhori yang menemani perjalan jauh kami
Tak terlafaz kata-kata.. SYUKUR, SYUKUR, dan SYUKUR

rakan-rakan yg sangat dirindui

Alhamdulillah juga kerana Syawal ini membuka lembaran baru dalam hidup salah seorang dari sahabat kami, Hanzalah yang selamat diijiabkabul dengan zaujahnya

Barakallahulakuma.. Moga bahagia dunia dan akhirat...


.................wardahsafiyya...........





Memburu FITRAH sebenar insan

Bismillahirrahmaanirrahim..
Terasa diketuk satu dengan satu kekuatan untuk kembali mencorakkan tinta dari hati ke dalam blog ini yang sudah berhabuk dan hampir saja bersawang ini.
Terima kasih kepada mereka-mereka yang selalu bertanya dan memintaku mewarnai kembali ruangan ini.
Ya, malas.. itulah jawapan yg layak untuk ku beri. Terlalu banyak yg ingin dikongsi sehinggakan menjadi basi semuanya dan tak tertulis. Tanganku hanya akan digerakkan di runagan ini hanya bila ada sesuatu yang menyentuh jiwa dan hati..

Duhai sahabat-sahabat.. kadangkala kehidupan ini sukar untuk difahami dan kerana itu Allah takdirkan sesuatu kepada kita. Kalau bukan sekarang masanya untuk kita memahami 'sesuatu' itu, insyaAllah Maha Suci Allah akan mentakdirkan sesuatu dengan segala hikmah samada yang jelas atau tersembunyi, samada diketahui sekaranga atau kemudian,

Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Sepanjang Ramadhan Kareem 1433H, diri ini diberi kesempatan berpuasa penuh bersama keluarga di rumah. Mungkin kerana tempatku menuntut ilmu agak jauh dari pandangan keluarga, bila pulang sahaja ke rumah, ku rasakan setiap detik itu adalah sangat bermakna. Ramadhan kali ini memberikan  hikmah dan ujian yang hebat kepada kami sekeluarga.. Satu titik tolak untuk kami sekeluarga lebih erat dan mendekatkan diri padaNya.
Allahuakbar.... Kau takdirkan Ramadhan sebagai waktu untuk menguji kami, alhamdulillah....
Seperti biasa, ku punya ibu dan ayah yang sangat kuat dan hebat. Ku punya kakak yang sangat kental dan ku punya adik2 yang matang. AKU BANGGA

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, WALILLAHILHAMD

Pulangnya Ramadhan kepadaMu menggantikan Syawal yang penuh dengan kesyukuran dan kesucian. Kembalinya manusia kepada fitrah asal..
Yang berjaya menawan nafsu sendiri.
Yang berjaya akur akan kehendak Rabbani
Yang berjaya menolak diri merebut ganjaranMu

Syawalku bersama keluarga dirai dengan penuh sederhana. Mensyukuri setiap nikmat yang hadir..
Bersama sahabat handai..bersama saudara-mara.. Alhamdulillah.., syawal ini juga membuka lembaran baru dalam hidupku. Menggerakkan satu kakiku selangkah kehadapan untuk menagih redhaMu dalam mengemudi hatiku.
Doaku padaMu yang tak pernah putus agar menjauhkan aku sejauh-jauhnya dari apa jua yang bukan ditakdirkan akan bersamaku pada masa akan datang dan mendekatkan aku dengan apa jua yang bakal aku miliki pada masa akan datang. Jujurnya insan akan dirasai dari melihat kesungguhan dan tekadnya. Membuatkan keyakinan semakin mantap. Namun ku yakin Ya Allah.... SEMUANYA milik dan hakmu. Hanya Engkau yang memegang rahsia-rahsia kehidupan. Syawal ini sungguh indah Ya Allah. Hebatnya Dikau mentakdirkan kehidupanku, kehidupan kami hamba-hambaMu. Aku syukur Ya Allah. Moga Engkau tak menguji hati-hati yang telah bersatu mencari redhaMu dengan membiarkan tusukan dan panahan syaitan yang menyesatkan. Moga hati-hati ini istiqamah menuju matlamat menjejaki redhaMu.

SUNGGUH...
Aku bersyukur punya ibu bapa yang teramat mengasihiku
Aku bersyukur punya adik-beradikku yang melengkapi kehidupanku
Aku bersyukur punya insan yang tak pernah membiarkan aku hanyut dengan mehnah dunia
Aku bersyukur punya sahabat-sahabat yang tanpa mereka aku mungkin lumpuh selamanya
Dan..
Aku bersyukur kerana punya KAU disampingku..Jika Engkau takdirkan untuk ambil kesemua milikku, ambillah Ya Allah.. tapi jangan pernah tinggalkanku

SYAWAL KAREEM>> Memburu fitrah sebenar insan




Sunday, April 1, 2012

Duhai Yang Bernama Hati



Duhai yang bernama hati,

Kuatlah sayang... 
Kau bukan hanya sekadar hati
Kau lebih dari itu..
Kau cerminan diriku.. 

Duhai yang bernama hati..
Kentallah dikau sayang..
Kerna aku bergantung padamu
Dan Engkau sentiasa dipandang Dia
Jangan Engkau biarkan Dia menjauh dari memandangmu

Duhai yang bernama hati
Rendahkanlah egomu di hadapan Dia
Bicaralah dengan Dia sentiasa
Kerna aku menuruti bicaramu
Kerna aku mempercayaimu

Duhai yang bernama hati
Di mana Dia Engkau letakkan..
Merafak sembahlah pada Allah..
Dia yang menjadikanmu..
Letakkanlah Dia di tempat yg paling tinggi
InsyaAllah.. yang lain akan hadir menbuntuti 

Duhai yang bernama hati..
Usah terlalu dilayan denyut rindumu itu
Kerna kau punya misi besar di depan sana
Usah terlalu ditagih pada yang belum pasti
Kelak kau akan hancur bagai debu..
Usah terlalu mengharap pada yang memberi
Kelak ku takut kau dilukai
Berpadalah dalam berjanji..
Kelak ku takut kau remuk dikhianati
Bersabarlah sayang..
Masanya pasti tiba

Duhai yang bernama hati..
Aku amanahkan kau menyimpan nama sahabat-sahabatku
Jagalah mereka..
Berdoalah pada mereka..
Jangan kau biarkan mereka pergi..
Kerana mereka yang mmencorakkanmu

Duhai yg bernama hati..
Aku tahu, kau punya parut-parut luka yang telah berlalu
Dan kadang kala tercarik kembali
Kau luka lagi..
Tapi kau tahu kan sayang..
Itu tandanya Dia mengingatkanmu..
Agar tak lena diulit mimipi
Agar tak hanyut dibuai naluri
Zikir padaNya selalu..

Duhai yang bernama hati..
Kadangkala aku palitkan tompok-tompok hitam padamu
Maafkan aku sayang..
Kau dan aku perlu bersatu membersihkannya kembali
Jangan dengar bisikan syaitan yg menghampirimu
Abaikan pujuk rayu nafsu yang mengikutimu
Kau punya kekuatan tersendiri
Masakan tidak, keranamu aku masih mampu bertahan hingga saat ini

Duhai yang bernama hati
Pimpin tanganku kepadaNya
Kita sama-sama mencari Dia
Akanku sentiasa tempatkan Dia padamu
Dan ingatlah hati..
Tidak ada sesiapa yang akan mapu mengambil Dia darimu


Kau ceminan diriku di mata Dia

"Yaa ayyatuhannafsul mutmainnah! Irji'ie ila robbikirodhiatammardhiyyah.."
_sebarkansakinah