Sunday, October 28, 2012

Antara Twister dan Tiger

Membuat keputusan dan tindakan bukan perkara mudah
Hidup penuh dengan pilihan
Qada' semestinya telah ditentukan oleh Allah
Jodoh dan kematian itu sudah pasti tarikhnya
Usah dipertikai ketetapannya
Kita hanya manusia lemah
Cuma mampu berdiam diri
Dan menunggu masa dan ketika
Aku, kau, dia atau mereka punya takdir yang berbeza
Ya, menilai itu mudah
Tapi tak mudah mencari keputusannya
Mengaku itu mudah
Tak tak semestinya dapat menunaikannya
Aku, kau, dia atau mereka hanya mengikut kehendak DIA
Usah dipersoal kerana hidupmu telah lama dilakar
Namun Qadar mengikut usaha manusia
Kita yang membuat pilihan
Berusaha untuk ke syurga atau merelakan diri ke neraka
Nak pilih baju biru atau baju ungu,
itu pilihan kita
Nak telefon bimbit samsung atau sony ericson
itu pilihan kita
Nak membangga diri atau nak rendah hati
itu juga pilihan kita
Nak kepada kejayaan atau nak menerobos pintu kegagalan
Itu pilihan kita
Kerana DIA tak akan merubah nasibmu
kecuali dengan usahamu untuk mengubahnya

Last but not least...

Nak TWISTER ataupun TIGER
~ITU PILIHAN KITA~
Namun ku pilih keduanya kerana hilang salah satu, tak lengkaplah rasanya.. ^^



..No choice..



2 comments:

  1. Assalamualaikum..ser0n0k baca entry ni..puitis!! ap maksud kinah pada ayat ni : I'll follow the flow till the day is come..then,,no choice??

    ada maksud tersirat ka?? huhu.. :))

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam..hehe. pandai analisis noh.. xdk apa2.. just mainan kehidupan. antara tuntutan dan kewajipan, antara perasaan dan tanggungjawab... =))

    ReplyDelete