Monday, January 17, 2011

SURAH AL-FATIHAH

SURAH AL-FATIHAH
1.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang(1)
2.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (2)
3.Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang(3)
4.Yang Menguasai hari pembalasan.(4)
5.Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulahkami mohon pertolongan.(5)
6.Tunjukilah kami jalan yang lurus.(6)
7.Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.(7)

TEMPAT DAN WAKTU TURUN




Surah Makiyah ini diturunkan di Mekah ketika sebelum penghijrahan Rasulullah. Ia merupakan surah yang julung-julung kali diturunkan dengan kandungannya yang melengkapi satu surah.
Para sahabat bersependapat bahawa sesudah turunnya surah ini, barulah diturunkan surah Al-Alaq melengkapi semua kandungan surahnya. Iaitu sesudah Allah s.w.t mewajibkan umat Islam bersolat lima waktu dengan bacaan Al-Fatihah sebagai rukun.


Ayat Al-Fatihah berjulah tujuh ayat. Lantaran itu ia juga dikenali sebagai “Assabu’u Mathaani” yang bermaksud tujuh ayat yang berulang-ulang.
      Dalam amalan solat fardu sehari-hari, sebanyak 17 kali surah ini dibaca. Jika ditambahi pula dengan seluruh solat-solat serta wirid yang lazim dibaca, kekerapan ulangannya meningkat 70 kali sehari. Tiada surah yang begini banyak berulang kali dibaca dan terus dibaca oleh seluruh umat Islam selain dari surah Al-Fatihah sedangkan ia merupakan inti pati dari seluruh kandungan Al-Quran. Ia merupakan punca segala hikmah, pintu segala kebahagiaan, petunjuk merapati keredhaan Illahi.
      Bayangkanlah jika seluruh diri yang menuturkannya dengan lisan dan kemerduan dituruti pula dengan kefahaman dan penghayatan.. apakah tidak benar lagi bahawa bumi ini Allah telah wariskan kepada hamba-hamba yang soleh? Rahsia kesolehan dan jalan hidup itu selalu terulang dalam pembacaan tetapi ketandusan hati masih juga memanjang. Barangkali itu disebabkan umat Islam sendiri memandang sepi pengertian dan pengajaran yang tersirat di sebalik surah ini..

 dipetik dari buku “RAHSIA HIKMAH SURAH AL-FATIHAH” susunan ustaz abdul raopdalip



No comments:

Post a Comment