Monday, August 29, 2011

Salam Graduasi



Alhamdulillah.. syukur yang tidak terhingga kerana hari graduasi akademi ramadhan telah kunjung tiba. Sebulan pembelajaran di akademi ramadhan berlalu begitu cepat tanpa disedari. Semua umat islam dibuka peluang untuk merebut ijazah taqwa di hari graduasi. Ada yang keluar dari akademi ramadhan dengan penuh kemenangan dan kegembiraan kerana pembelajaran dan kemanisan yang ditemui. Ada yang keluar dari akademi ramadhan dalam keadaan sama seperti ketika masuk. Ada yang menemui jalan penyelesaian kepada kekusutan..Masing-masing keluar dengan pointer yang hanya diketahui oleh pihak pentadbir sahaja..
Ya Allah.. aku tidak tahu apakah penilaianMu buatku namun aku masih belum berpuas hati dengan usahaku di dalam akademiMu tahun ini. Adakah taqwa yang Engkau taruhkan itu layak menjadi milikku?? Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.

Taqwa :- menunaikan semua kewajipanNya
          :- meninggalkan semua laranganNya

Hasil akademi ramadhan hanya akan dilihat dan dirasai oleh seseorang selepas sahaja berlalunya tetamu Allah itu..
Duhai Ramadhan, ku harap ada lagi pertemuan antara kita selepas ini kerana aku belum bersedia menerima yang ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhirku..


SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
SALAM SYAWAL, SELAMAT BERGRADUASI

No comments:

Post a Comment