Monday, October 3, 2011

Ciri Naqib / Naqibah Dinamik



AL-FAHMU
Memahami Islam secara keseluruhan dan dasar perjuangannya
Memahami Islam dari sumber yang sejati
Kefahaman dan keseragaman bertindak berasaskan ilmu akan memudahkan tindakan.
Memahami hati budi anak-anak usrah

IMAN YANG MENDALAM
Keyakinan hanya kepada Islam. Sekiranya naqib mempunyai ilmu dan kefahaman, tetapi imannya nipis, dia tidak boleh memberikan apa-apa kebaikan untuk perjuangan. Bagaimana seorang naqib boleh menerapkan iman kepada anak usrah sekiranya iman beliau sendiri tidak teguh. Rasulullah S.A.W menunjukkan bagaimana iman yang mantap menyebabkan para sahabat sanggup sehidup semati.

BENAR
Naqib mestilah benar di dalam niat, perkataan, pekerjaannya. Jangan sekali-kali ada penipuan dan pendustaan. Sekiranya naqib tidak benar dalam ucapan dan tindakan maka ia akan memberi kesan buruk kepada usrah yang dipimpin.

SABAR
Tanpa sabar naqib tidak dapat mencapai matlamat yang dicita-citanya, kerana kerja membentuk manusia bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan satu kesabaran yang padu serta himmah yang tinggi untuk melaksanakannya. Naqib mesti belajar bersabar atas karenah ahli usrah yang berbagai-bagai ragam dan tindakan kesabaran sahaja yang akan boleh menjayakan perlaksanaan usrah.

RAHMAT
Jangan kecewa jika anak buahnya menolak apa yang disampaikan. Mungkin mereka tidak faham, atau kita gagal menyampaikan sesuatu dengan tepat dan berkesan kepada mereka. Pandanglah mereka dengan pandanganan rahmah seperti Nabi melakukannya kepada puak Taif dimana baginda diminta oleh Malaikat untuk berdoa kepada Allah, tetapi baginda tidak melakukannya.

Ya, kita semua manusia biasa. Tak mungkin mencapai kesempurnaan namun, tak salah kan berusaha?? Allah tidak memandang hasil tetapi memandang usaha. Itu yg menjadi penilaian. Ayuh perbetulkan diri. Dirimu diperhati dan diteladani…
                                                                          
“RELA DITARBIYYAH UNTUK MENTARBIYYAH”

__wardahsafiyya__

No comments:

Post a Comment