Friday, February 11, 2011

kau yang ku rindu

“..kau yang ku rindu..”
                                                           
 Ingin ku titipkan padamu,
Bahawa aku teramat rindu padamu,
Walaupun malu untuk kuungkapkan
Bahawa sensungguhnya aku cinta padamu,
Kerana tidak semua keinginan, harapan
Serta laranganmu
tidak aku laksanakan dengan sempurna,
Namun aku tahu....
Hanya engkau yang layak kucinta selepas Dia..

Kau lahir ke bumi membawa rahmat,
Mengajar erti cinta yang sebenar,
Kau korbankan jiwa dan hatimu,
Demi kemaslahatan semua..
Kau seru kebaikan walaupun dirimu dicerca..
Kau gagahkan diri bangkit ketika kecewa.

Ya Rasulullah...

Andai aku hidup di zaman bersamamu,
Adakah aku akan turut terpilih
Menjadi insan-insan yang berjuang bersamamu?
Atau aku tergolong dalam golongan mengingkarimu?
 Sesungguhnya aku bersyukur Ya Allah,
Aku lahir ke dunia,
Dengan mudahnya menjadi ummat Muhammad.
Anugerah terhebat untuk ummat selepas keawafatanmu..


Ingin ku mengadu padamu Rasulullah..
Dengan anugerah terhebat itulah
Dikau kini dikhianati wahai kekasihku yang ku rindu,
Dengan anugerah itu jugalah
Ummatmu mula kembali
Pada zaman yang engkau hancurkan habis-habisan dahulu.
Malah menjadi lebih teruk dari mereka..
 Seolah-olah sudah lupa perjuanganmu
Bermati-matian membersihkan Islam

 Sunnahmu dilupa,
Akhlakmu ditinggalkan,
Laranganmu dipermainkan
Penyambung rantai perjuanganmu pula
Hanyalah golongan yang sedikit Ya Habiballah..
Yang dipandang enteng
Yang dibanteras habisan-habisan
Yang dianggap jumud,
Yang dianggap menyusahkan pergerakan mereka,
Yang dihina dan dicerca,
Namun itu bukan apa-apa
Dengan apa yang kau lalui dulu


Bersaksilah Wahai Kekasih Allah..
Ketika kasutmu berkocak dengan darah di Thaif,
Badanmu dilempar batu dan najis,
Telingamu disentuh ungkapan pedih,
Hidupmu diselebungi ancaman,
Dakwahmu diejek,
Kau dikatakan gila,
Kau dikatakan ahli sihir,
Kau begitu kuat wahai utusan Allah.....
Syurga jaminan untukmu
Namun bersusah adalah pilihanmu..

Inginku mengadu padamu,
Pengorbananmu serta sahabat-sahabatmu
Sekarang ini olah-olah dilupa..
Nikmat terbesar yang kami nikmati sekarang
Adalah usahamu wahai kekasih Allah...

Ya Rasulullah...
Andai dikau berdiri di hadapanku,
Tak dapat aku bayangkan ketika itu,
Rindunya aku untuk melihat wajahmu
Mengucup tanganmu
Mengucapkan rasa syukurku menjadi ummatmu
Mengucapkan terima kasih padamu
Kerana usaha dan perjuanganmulah
Aku dapat merasai indahnya Islam
Kerana apa yang kau tinggalkan untuk kami
Adalah sangat sempurna
Aku ingin memohon maaf darimu
Kerana kadang-kala aku alpa
Dalam mengikut suruhanmu
Dan meninggalkan laranganmu


Dan aku ingin meminta padamu
Bawalah ku pergi jauh ..
Jauh dari dunia penuh fitnah ini
Bawalah aku...
Supaya aku lupa pada kesesakan jiwa ini
Bawalah aku..
Supaya syaitan dan nafsu
Bukan lagi menjadi ancaman bagiku
Bawalah aku...
Agar aku dapat bersamamu selalu,..

Berilah syafaatmu pada ku Ya Rasulullah..
Akan ku cuba berusaha
Menjadi mata dan rantai perjuanganmu
Dalam memartabatkan Islam kembali
Dengan berpegang pada apa yang kau tinggalkan padaku..

Ketahuilah Muhammad Bin Abdullah...
AKU RINDU PADAMU

No comments:

Post a Comment