Saturday, February 5, 2011

sahabat kerana Allah

sAhAbat keRanA Allah

Sahabat...apakah sebenarnya sahabat? Bezakah antara sahabat, kawan, rakan, teman dan sebagainya? Bagiku sahabat adalah satu perkataan untuk seseorang atau ramai orang yang darjat dan kedudukannya lebih tinggi daripada perkataan-perkataan lain yang disamaertikan dengannya.. lalu mengapakah sahabat diletakkan pada satu tahap yang berbeza? Kerana Rasulullah S.A.W sendiri menggunakan perkataan sahabat kepada orang-orang yang dekat dengan baginda pada zaman baginda.


Sahabat adalah seseorang yang mempunyai ikatan persaudaraan atas dasar Islam. Sahabat adalah yang persahabatannya adalah kerana Allah semata-mata. Sahabat adalah insan-insan yang tahu bahawa persahabatannya hanya untuk mencari redha Allah semata-mata. Sahabat juga adalah yang persahabatannya terikat atas ukhuwah islamiyyah dan atas aqidah yang satu dan bukan untuk tujuan dan niat lain.


 Firman Allah S.W.T,
“Pada hari itu (kiamat) sahabat-sahabat karib setengahnya menjadi musuh kepada yang lain kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan TAQWA” (43:67)

susah senang bersama

Apabila bersahabat kerana Allah, segala yang dilakukan untuk sahabatnya adalah ikhlas, pengorbanannya tulus dan kekurangan dan kelebihan sahabatnya adalah kekurangan dan kelebihannya juga. Sahabat yang hadir memberi cinta yang kadangkala tidak dapat ditemui pada insan lain. Kadangkala sahabat boleh menjadi dekat daripada keluarga. Apabila ingin meluahkan masalah, sahabatlah insan pertama yang difikir. Apabila persahabatan yang disulami dengan kejujuran dan keikhlasan, segala-gala miliknya adalah milik sahabatnya. Hati seseorang boleh jadi terlalu lembut dan telus untuk sahabatnya. Kesalahan sahabatnya yang  sebesar mana pun tidak akan dibiarkan bernanah di hati, dipujuk diri sendiri bahawa itu adalah sahabatku lalu ukhwah bertaut kembali dan syaitan tewas sekali lagi.

Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya :
“Di sekitar arasy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnyaada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya & wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para Nabi & syuhada tapi para Nabi dan syuhada iri kepada mereka”. Ketika ditanya oleh para sahabat, siapa mereka? Rasulullah S.A.W  menjawab, “ Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana ALLAH, saling bersahabat kerana ALLAH & saling berkunjung kerana ALLAH”   
(H.R TARMIZI)

aku mengasihimu sahabat


Indahnya hidup bersahabat kerana Allah, sukar dinikmati oleh hati-hati yang gersang dan yang lupa pada Allah. Bersahabat dengan insan-insan yang hatinya ingin mencari redha Allah, secara tidak langsung akan mendekatkan diri kita dengan Allah. Benarlah kata pepatah, jika ingin menilai seseorang, lihatlah pada teman terdekatnya, itulah dirinya. Masakan tidak, bagaimana dapat berkawan terlalu akrab jika tiada titik persamaan. Perumpamaan yang terkenal tentang minyak wangi itu juga sentiasa menjadi gambaran untuk menggambarkan seseorang yang bersahabat.


Jadilah sahabat yang memberi,memaafkan, melupai kesilapan, mengorbankan kepentingan diri, berlapang dada, adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya) dan bersederhana. Pengorbanan dalam persahabatan mengundang erti yang sangat indah dalam persahabatan. Pengorbanan dalam persahabatan adalah mengorbankan kepentingan diri sendiri demi sahabat lain.  Inginku tanya, sanggupkah dikau mengorbankan wangmu yang sedikit ketika itu tatkala ada seorang sahabatmu lebih memerlukan? Sanggupkah dikau melupakan waktu belajarmu tatkala seorang sahabatmu dalam kecemasan sedangkan besok pagi ada peperiksaan penting bagimu? Sanggupkah dikau meminjamkan apa yang dikau sangat sayang dikala sahabatmu sangat memerlukannya lebih darimu? Sanggupkah kita tanpa ada sedikit pun suara dan rungutan di hati? Jika jawapanmu tidak, maka kau belum lagi cukup sempurna untuk menjadi sahabat kepada sahabatmu.. Ayuhlah sahabat, perbaiki diri kita, betulkan niat dalam bersahabat, cantaslah rasa dendam dan dengki dalam dirimu.. Lapangkanlah dadamu untuk menerima sahabatmu seadanya kerana kau juga mempunyai kekurangan..
Duhai sahabat, janganlah mengambil kesempatan kepada sahabatmu atas nama SAHABAT. Jangan mempergunakan perkataan itu untuk memenuhi keperluanmu sendiri kerana dikau juga tidak suka diperlakukan sebegitu rupa..

uhibbuki lillah

No comments:

Post a Comment