Sunday, June 12, 2011

Ukhti Muslimati

Adik-adik Muslimahku…
Jadilah hamba yang sebenar-benar hamba. Bukan yang hanya seperti angin lalu menghempas muka.
Kerana hamba yang sebenar adalah yang seluruh hidupnya diwakafkan untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T
Allah tak memandang pada rupa dan berapa ramai temanmu tapi Allah memandang pada usahamu untuk mengalihkan pandanganNya kepadamu..
Jadilah bala tentera Allah untuk mengembalikan maruah Islam.. Dunia hanya permainan, akhirat itu kekal selama-lamanya..

Adik-adik Muslimahku…
Memiliki anak yang solehah adalah idaman setiap yang bergelar ibu dan bapa…
Tak rugi andai kau patuhi setiap pintaan mereka walaupun hatimu memberontak menolaknya.. Kerana sesunggunya adik-adik.. mereka hanya satu di dunia dan tak akan dijumpai dan dibeli walau gunung emas yang kau taruhkan andai kehilangan mereka..
Kerana mereka sangat dekat dengan Allah..Doa mereka tiada hijab sayangku.. Redha Allah dalam tangan mereka.
Lupakan egomu..Lupakan jiwa memberontakmu.. Rendahkan suaramu.. Taat perintah mereka.
Jika kehendakmu tak dapat diperolehi di dunia, syurga janji Allah kepadamu..

Adik-adik Muslimahku..
Ilmu yang kita punya hanya setitis air di lautan, lautan ilmu itu milik Allah.. Usah gentar dengan ujian kehidupan, majukan dirimu ke hadapan dengan ilmu..
Kerana adik-adikku sayang, martabatmu diangkat di sisi Allah dan di kalangan manusia jika kau punya ilmu…
Ubah kehidupan keluargamu.. Bantu ayah dan ibumu mengecapi nikmat hidup yang sempurna sebelum mata mereka tertutup buat selama-lamanya..
Kau punya kudrat duhai adik.. Perjalananmu masih jauh…
Usah kau persoalkan hidupmu yang penuh dengan cabaran kerana cabaran yang lebih keras sedang menantimu di hadapan..
Dengan ilmu kau dapat kembalikan Islam ke kedudukan yang tertinggi..

Adik-adik Muslimahku..
Jangan mencari sahabat, tetapi jadilah sahabat.. Nescaya Allah akan hadiahkan kepadamu sahabat..
Persahabatanmu itu dinilai atas dasar taqwa di akhirat kelak..  Bimbing sahabatmu kepada Allah. Pilih sahabat yang membawamu kepadaNya..
Pesan ikhlas dari kakakmu, hati-hati dalam bersahabat kerana manusia punya rambut yang sama hitamnya tapi isi di dalam hatinya berlainan setiap satunya.. Banyakkan perbaiki dirimu dan berdoalah kepada Allah..

Adik-adikku Muslimahku..
Kau punya cinta dan kau juga ingin memiliki cinta.. Cinta yang sejati kerana Allah bukan boleh dikutip hanya sekali dengan pandangan mata dan satu perkenalan cuma..
Kau perlu memiliki iman supaya cinta yang hadir dalam hatimu itu cinta yang terpelihara dari dosa dan noda..
Cinta yang sejati akan hadir bila dirimu telah bersedia untuk meletakkan tanggungjawab pada cinta itu..
Cinta tanpa tanggungjawab ibarat buah tanpa isinya..
Tanggungjawab tanpa cinta ibarat buah yang telah dijangkiti penyakit.. Akan rosak bila-bila masa
Letakkan CITAmu lebih tinggi kedudukannya daripada CINTA, insyaAllah kau akan dikurniakan kedua-duanya..
Jika Cinta yang kau utamakan, maka, hanya cinta yang akan kau miliki..

Adik-adik Muslimahku..
Dirimu mawar berduri, harum mewangi yang menjadi tarikan sang kumbang sekelilingmu yang mencuba meneroka
Islam mengangkat martabatmu ke tempat yang paling tinggi, jangan biarkan dirimu sendiri yang menjatuhkan martabatmu di bawah..
Jangan biarkan dirimu tunduk layu kepada kaki sang kumbang yang menggila
Teguhkan dirimu, kukuhkan hatimu, persiapkan dirimu untuk seseorang yang menantimu yang mengharap dirimu menjadi muslimah yang sejati
Usah gusar dengan jodohmu kerana Allah telah sediakannya untukmu sejak rohmu ditiup masuk ke dalam jasadmu..

Taati Allah adik-adik…Patuhlah!
Kau tahu auratmu perlu dilindungkan, kau tahu auratmu boleh menjadi penyebab dosa kepada dirimu dan orang lain..maka, dengarlah adik-adik, selindungkanlah..Tidak ada yang lebih bernilai kepada sesuatu barangan melainkan ianya tertutup dan tersimpan.. Hanya yang berhak sahaja dapat melihatnya..
Kasihanilah kekasih Allah kerana dengan pengobanan bagindalah, kau hidup sebagai kaum yang dilindungi…

Wajahmu, tubuhmu, suaramu, matamu dan perlakuanmu dapat melemah dan menghancurkan  hati-hati yang sedang sakit dan parah..
Jangan peduli persekitaranmu yang kian membunuh jiwa Islammu..

Adik-adik INGATLAH..
Islam itu benar
Islam itu indah dan mengindahkan
Islam itu tenang dan menenangkan
Islam itu pemelihara dan memeliharakan
Jadi, usah risau akan ancaman seluru isi dunia jika kau yakin dirimu berada di landasan Islam yang sebenarnya…



_hakciptaterpeliharawardahsafiyya_

No comments:

Post a Comment